CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12927|Reply: 198

"Jangan Sampai Rakyat Johor Mendesak Untuk Keluar Dari Malaysia,"-Sultan Ibrahim Kecewa Kerajaan Persekutuan Anak Tirikan Johor

[Copy link]
Post time 16-6-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Iskandar Puteri: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluahkan kekecewaan baginda terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang seolah-olah menganaktirikan negeri itu.


Sultan Ibrahim bertitah, tindakan itu amat dikesali sedangkan Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara.


Baginda bertitah, Kerajaan Persekutuan digesa memberi peruntukan yang lebih banyak pada Johor berikutan setiap tahun, hampir RM13 bilion hasil Persekutuan dikutip di negeri ini.




Foto: Harian Metro




"Saya merasa amat sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).


"Kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian cekap dan keadaan lebih selesa.


"Saya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya segera tunaikan janji untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong.


"Lihat juga keadaan jalan persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya Jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.


"Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor antara penyumbang utama ekonomi negara. Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor akan lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri," titah baginda.


Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dun Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.


Sultan Ibrahim bertitah, sejak 2013 hingga 2018, Johor menduduki tempat pertama daripada jumlah pelaburan di Malaysia berikutan keadaan politik stabil pada ketika itu yang telah membawa banyak pelaburan ke Iskandar Malaysia dan Pengerang.


Namun titah baginda, sejak 2019 hingga kini, nilai pelaburan di Johor semakin merosot.


"Kenapa perkara ini terjadi, puncanya bukan kerana virus Covid-19 tetapi punca utama yang saya nampak adalah virus iri hati dan cemburu pada Johor.


"Ada pelabur nak membangunkan ladang solar terbesar di Pengerang namun Kerajaan Persekutuan mengenakan sekatan dengan alasan tiada kuota.


"Ada pelabur hendak membangunkan pusat tenaga dan pelabuhan laut dalam di perairan Muar namun ada pula 'monyet' yang melompat-lompat. Tidak mahu pembangunan dibuat sedangkan projek itu akan memberikan peluang pekerjaan yang lebih terjamin kepada penduduk tempatan," titah baginda.


Sultan Ibrahim bertitah, jika keadaan itu berterusan, maka jangan bermimpi untuk menarik pelaburan yang besar ke Johor.


"Oleh itu, saya ingatkan kepada kerajaan negeri supaya buatkan perubahan berani demi kepentingan rakyat dan negeri ini.


"Saya juga menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur seperti Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dan lebuh raya baharu kerana ia akan beri limpahan ekonomi kepada pembekal dan kontraktor tempatan selain buka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.


"Ingin saya tegaskan bahawa kerajaan negeri juga tidak akan lagi beri hak milik tanah kepada Kerajaan Persekutuan. Tetapi mana-mana projek Persekutuan di Johor akan diberi status tanah rizab untuk tujuan yang hendak digunakan," titah baginda.


Dalam pada itu, Sultah Ibrahim bertitah supaya dasar dan polisi kerajaan juga mestilah konsisten dan tidak berubah-ubah mengikut acuan politik.


"Saya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya jangan buat keputusan mengikut selera sendiri. Fikir kesan dan akibatnya kepada negeri-negeri.


"Sebagai contoh, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pada asalnya kerajaan bersungguh-sungguh menggalakkan orang luar untuk datang dan melabur di sini.


"Namun apabila pentadbiran kerajaan bertukar, segala dasar dan polisi pun turut berubah sesuka hati. Tindakan ini menyebabkan pembangunan hartanah di Johor terencat dan pelabur luar hilang keyakinan.


"esanan saya kepada Kerajaan Persekutuan, jika tidak boleh membantu janganlah pula menyusahkan negeri," titah baginda. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 02:01 PM | Show all posts
the pot calling the kettle black
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Silakan...boleh pakai buku merah pergi Muar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:14 PM | Show all posts
tapi aku rasa lebih bagus naik taraf PLUS highway dari behrang all the way to Ipoh jadi 6 lorong. Jem teruk sekarang ni. Aku asal ipoh n tak sanggup nak balik Ipoh time cuti sebab jem all the way to Ipoh. Raya pun lagi prefer balik JB daripada balik Ipoh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:22 PM | Show all posts
imagine kat sempadan Melaka Muo kena cop passport
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:26 PM | Show all posts
hmmmmm..mak iollss nak riki rumah kat pontian paling murah rumah teres 2 tgkat under cons rm450k bumi lot..gila sepera
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 02:26 PM | Show all posts
e'elehhh hebat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk hasil ke johor nak keluar msia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia main ugut2 pulak.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Belagak betul soltan sorg ni..negeri ko maju pun sbb berkat bjiran dgn singapo..kalo tak sama je miskin mcm kelantan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:34 PM | Show all posts
prizadane replied at 16-6-2022 06:14 AM
tapi aku rasa lebih bagus naik taraf PLUS highway dari behrang all the way to Ipoh jadi 6 lorong. Je ...

setuju sgt dgn ni.. tiap kali balik tepen aku merungut kat lakik aku.. bilalah PLUS ni nak tmbh lane lg ni. cuti besday agong aritu.. kul 10.30am keluar rumah kat kajang, kul 6.30pm br kitorg smp beruas. sib baik tuan rumah msih simpan nasi lauk bagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
N9 pun rasa nak keluar dari Malaysia.  Ya lah kaum kerabat kami,  raja kami dari seberang.  Projek2 besar semua dilencong dari N9.....contoh ECRL,  Lebuhraya Lingkaran Tengah (SPINE)........airport, port....usah ceritalah....satu pun tarak.  Jalanraya dikawasan kampung.....macam tu lah rupanya sejak merdeka. Cuba dengar projek2 mega Kerajaan Persekutuan yg diumumkan.......satupun N9 tarak.  Apa gunanya kami menyokong sangat BN.ni? Tak untung apa2 pun.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:38 PM | Show all posts
JunkMail replied at 16-6-2022 02:09 PM
Silakan...boleh pakai buku merah pergi Muar.

kejap jela penuh buku merahhhh.. dh tiap bulan balik 83100. tu kalau sebulan sekali, kdg2 sebulan 2kali.. phew! tenang is good.. sayang Malaysiaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
GDP per capita N9 adalah ke6 terbaik di Malaysia......walopon N9 kekurangan infrastruktur.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:42 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 16-6-2022 02:34 PM
setuju sgt dgn ni.. tiap kali balik tepen aku merungut kat lakik aku.. bilalah PLUS ni nak tmbh la ...

uol pegi beruas?
asl sn ke



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lista at 16-6-2022 03:58 PM

Nak keluar dari persekutuan..keluar jelah.
Terpaksa edit - lari hahahha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2018 sapa PM?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 16-6-2022 02:28 PM
Belagak betul soltan sorg ni..negeri ko maju pun sbb berkat bjiran dgn singapo..kalo tak sama je mis ...

Ckp lelebih tak boleh.. diam sajolaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah DAP lar nih. Sapa suroh sukung PM Dap yg.liberal anak free hair
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 16-6-2022 02:26 PM
Byk hasil ke johor nak keluar msia?

Tula, i pon terpikir benda sama. Setakat ni yg femes forest city jela haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.330278 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list