Pelakon, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin mendedahkan dia dan isterinya yang juga seorang aktres, Nur Fazura mula menyukai lagu-lagu genre kerohanian dan menjadi pilihan mereka.
Memetik laporan mStar, aktor berusia 32 tahun itu menjelaskan lagu genre sebegitu membantu dirinya menjadi lebih tenang apabila dalam keadaan yang letih dan tertekan kerana kerja.
"Selepas tampil dengan genre kerohanian sebelum ini, saya mula jatuh cinta dengan lagu-lagu sebegini. Ini adalah genre yang sesuai untuk saya dan mahu mendalami lagi.
"Saya dan isteri memang layan lagu begini sekarang ketika berada dalam kereta. Banyak lagu yang ada dalam playlist kami. Ia memberi ketenangan dan menjadi terapi untuk diri kami.
"Dalam seharian bekerja, pasti ada rasa penat dan tertekan. Jadi, mendengar lagu kerohanian buat saya lega dan sentiasa beringat," katanya kepada mStar ketika pelancaran muzik video lagu baharunya yang berjudul Padamu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Bamtah wlupn chuols sedap.
Tapi dalam byk lagu chuols, tk dinafikn lagu wanita terakhir tu yg sedap. Lirik melody semua ngam.
Yg lain best tapi mcm kurang garam. Dgr sekali 2 okay next
Tapi lagu dgn kaka faz okay sedap, sesuai dgn korg yg nyanyi for fun.
Meanwhile lagu2 kaka faz wlupn kene kutuk kanan kiri dpn blakang, semua sedap okay.
Especially lagu noktah, featuring timoh dlm perut. Sedap gle lagu tu tk jemu dgr.
Syg tk promote hbis hbisan. Lagu bisa apa pun best, bulan terbelah dia amerika.
Dua ketul ni kn, view sendu. Bbnu lagu bodoh2 pn millions view. Tak tahu mana silap.