CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Bakal Berkahwin Dengan Ira Kazar?, Datuk Yusof Haslam Harap Ia Tak Berlaku

16-6-2022 09:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 75877| Komen: 505|Original author: Tatod


Timbul khabar angin yang mengatakan pengarah filem, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu dalam masa terdekat dan desas-desus itu semakin mendapat perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada berita itu benar ataupun hanya spekulasi semata-mata.

Bagaimanapun, bapa kepada pengarah terkenal itu, Datuk Yusof Haslam nyata terkejut dengan perkara itu dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak akan menjadi kenyataan.



"Saya tidak tahu mengenai hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita. Jadi, saya malas hendak komen lanjut.

"Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi, saya harap ia tidak akan terjadi," katanya kepada mStar.

Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.


Walaupun tidak menulis nama sesiapa, netizen bagaimanapun mengesyaki gosip berkenaan adalah merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan berkenaan ditulis berdasarkan seorang sumber yang mendakwa pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa dengan bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat tersebut.

Sementara itu, Yusof juga berkata, dia kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.

Dia juga tidak mahu isu terbabit akan menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarganya.

Sumber mStar

"Saya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan menantu saya (Puteri Sarah) kalau cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham," katanya.

Terdahulu, konflik rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana menjadi bahan bualan apabila aktres berkenaan mendedahkan hubungan rumah tangga mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada aktor Kazar Saisi.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 16-6-2022 09:49 AM
sometime bukan kecantikan luaran yg penting.....
Quote tasha 16-6-2022 09:54 AM
Dah kalau anak kau nak juga...kau dulu pun mengilakan nasha aziz kan sampai bini lari.... menurunlah tu perangainya.....tp tulah anak kau ni febret dia betina2 bohsia... dh jemu nanti angkut bohsia lain pulak....
Quote ice98 16-6-2022 09:54 AM
dapat bini dah elok perangainya, die plak yg tak sudah2 buat perangai. dulu nmpk jd hero pada puteri... tp sekarang die plak bikin onar.. sayangnya...
Quote yum3 16-6-2022 10:00 AM
Bagi aku jika sang suami sudah tidak ada hati & perasaan pd kita. Biar lah sang isteri membawa diri. Sanggup ke menelan segala derita bila suami kita bahagia bsama penyondol.  Bertabah lah wahai isteri2 yg sedang melalui dugaan spt depa ni. Kumbang bukan seekor. Insyallah ada lah nanti ko  kumbang yg  baik.
Quote akuMNdia 16-6-2022 10:02 AM
ada iras plak aku tgk muka bini ngan muka skandal si sol ni.

filem si sol baru ni apa cerita kutipan dia?
Quote jiwakacau06 16-6-2022 10:05 AM
jd mak pak sol mmg xnk ik ni jd menantu...takut nnt jd kes fasha-mak jejai 2.0...
Quote mizruncing 16-6-2022 10:06 AM
klu btol mmg terkejut.. tp tu laa semua tau dia lebih dari mampu. so better la kawen dari buat maksiat
Quote epal_putih 16-6-2022 10:08 AM
Sol nak jadi menantu degawan
ehhh silap ...
pak samad hahahhahahahaha
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 10:10 AM
tasha replied at 16-6-2022 09:54 AM
Dah kalau anak kau nak juga...kau dulu pun mengilakan nasha aziz kan sampai bini lari.... menurunlah ...

Kan?
Sampai overnight kat Genting sana dgn si NA

Tah lah...Sol ni ada segala2nya...dari segi material lebih dari mampu
PS nak tahan sangat pun payah
Bermadu jek lah PS & duduk dgn family in law ko kat rumah besar tu sementelah pak mak mertua sayang ko
Tapi ko pulak buat lah perangai elok2 sikit dgn family in law ko
So IK tak dpt mencelah, hujung2 sheols stress & undur diri...Sol balik pada ko
Gitchewwww sinopsis meols
Quote chandrahusin 16-6-2022 10:17 AM
alaa
ikut yg aku nmpak selama ni
mula2 semua pun tak restu no 2
bila dh kawin
tukar skrip
dh jd anak menantu
dia pun ada hak jgk
Quote manehnya 16-6-2022 10:18 AM
kalau benar terjadi harap bini jgn minta cerai dlu ngan sol ni... bior si ira tu masuk gelanggang dlu... biar dia tunjuk busuk dia dlu.. aa nti sol tau la mana kaca mana permata..
Quote NazRysha 16-6-2022 10:20 AM
hensem pulak tgk si sol ni
bermadu jer la senang
apa susahnya
Quote adeqbun 16-6-2022 10:54 AM
tasha replied at 16-6-2022 09:54 AM
Dah kalau anak kau nak juga...kau dulu pun mengilakan nasha aziz kan sampai bini lari.... menurunlah ...

time die nak PS dlu pon PS tu mcm bohsia2 jugak kan...dh islamik ni mgkin kurg elemen bohsia..tu psl die tuka selera..ape2 je la korg...mslh rumah tgga setel je la diam2..skit2 berita sudah la..ni tiap hari update
Quote keys 16-6-2022 10:56 AM
Nak barang baru la tu
Quote kepompong 16-6-2022 11:02 AM
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 10:10 AM
Kan?
Sampai overnight kat Genting sana dgn si NA


wahh idea bagus ni bebi Ara my everything boleh buat skrip ni mesti panjang berjela nak sampai ke episod sol balik ke ps semula tu…. masyukkkk…. jerry kandar boleh la sambung tido lepas mencelop tak yah mandi sbb dpt bini baru yg “bring food to the table” (ikut pepatah kaka kepam agoundu)
Quote dejure 16-6-2022 11:06 AM
Sol dulu pon dpt barang second hand dari ammar 6 inci,jd apa nak pelik kalau dia suka pada bohsia mcm anak kaza ni pon.
Quote Mini.Me 16-6-2022 11:07 AM
Memang jejantanz curang ni suka cari pompuan lagi huduh dari bini ehh
Quote ira_229 16-6-2022 11:11 AM
Buat mcm Nora Danish...anak suruh dia tanggung sambil menempel kat in-law nampaknya in-law pun tak merestui perkahwianan dengan mina rempit ni..last2 pompan mcm ni mesti give-up & kau belah! kasi jantan tu rasa dua2 tak dapat.
Quote SweetRehan 16-6-2022 11:11 AM
Bermadu je la kome.....

Lihat semua komen(505)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.068744 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top