Timbul khabar angin yang mengatakan pengarah filem, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu dalam masa terdekat dan desas-desus itu semakin mendapat perhatian ramai.
Memetik laporan mStar, setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada berita itu benar ataupun hanya spekulasi semata-mata.
Bagaimanapun, bapa kepada pengarah terkenal itu, Datuk Yusof Haslam nyata terkejut dengan perkara itu dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak akan menjadi kenyataan.
"Saya tidak tahu mengenai hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita. Jadi, saya malas hendak komen lanjut.
"erkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi, saya harap ia tidak akan terjadi," katanya kepada mStar.
Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.
Walaupun tidak menulis nama sesiapa, netizen bagaimanapun mengesyaki gosip berkenaan adalah merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Laporan berkenaan ditulis berdasarkan seorang sumber yang mendakwa pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa dengan bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat tersebut.
Sementara itu, Yusof juga berkata, dia kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.
Dia juga tidak mahu isu terbabit akan menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarganya.
Sumber mStar
"Saya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan menantu saya (Puteri Sarah) kalau cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham," katanya.
Terdahulu, konflik rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana menjadi bahan bualan apabila aktres berkenaan mendedahkan hubungan rumah tangga mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada aktor Kazar Saisi.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2. -CARI