Kita semua tahu bersolek mampu membuatkan seseorang itu nampak berbeza dan memberikan keyakinan kepada mereka yang menggunakannya. Baru-baru ini ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang nenek menjadi cantik selepas disolek oleh jurusolek di dalam video itu. Difahamkan, video itu mendapat perhatian netizen kerana hasilnya yang amat mengagumkan. Pada awalnya, wajah mak cik itu disapukan cecair berwarna agak cerah dari tona kulit asalnya. Jurusolek juga menggunakan pelekat untuk menarik kulit menjadi tegang.
Menjengah di komen pula, ramai yang sukakan tranformasi itu dan kagum dengan hasil jurusolek itu. -CARI |
ADVERTISEMENT