CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sri Lanka Beri Cuti Kepada Kakitangan Awam Untuk Bercucuk Tanam

15-6-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1359| Komen: 7

Sri Lanka meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi membolehkan mereka bercucuk tanam untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan berdepan isu bekalan kronik petrol.


Keputusan berkenaan diumumkan kerajaan hari ini ketika negara itu terus bergelut dengan krisis kewangan terburuk dalam sejarah sejak mencapai kemerdekaan beberapa dekad lalu.


Gambar hiasan/GNN

Malam semalam, Kabinet Sri Lanka meluluskan cadangan supaya pekerja sektor awam diberi cuti setiap Jumaat selama tiga bulan, sebahagiannya disebabkan kekurangan bahan api yang menyukarkan perjalanan ke tempat kerja dan bagi menggalakkan mereka bertani.


"Keputusan untuk memberi pegawai kerajaan cuti sehari pada hari bekerja adalah wajar bagi membolehkan mereka bercucuk tanam di halaman rumah atau di tempat lain bagi menangani isu kekurangan makanan," kata pejabat penerangan kerajaan dalam satu kenyataan.

Negara kepulauan yang mempunyai sekitar sejuta pekerja sektor awam berdepan krisis pertukaran asing yang teruk.

Susulan itu, Sri Lanka berdepan kesukaran kritikal untuk membayar kos import bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Sebahagian besar daripada 22 juta penduduk negara itu terpaksa beratur di stesen minyak selama beberapa jam dengan bekalan elektrik kerap terputus sejak beberapa bulan lalu.

Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai peningkatan krisis kemanusiaan dan merancang menyediakan peruntukan AS$47 juta (RM207 juta) untuk membantu lebih daripada sejuta orang yang terjejas.

Penyusutan nilai mata wang, kenaikan harga komoditi global dan dasar ketika ini untuk mengharamkan baja kimia mendorong inflasi makanan meningkat kepada 57 peratus pada April.

Kerajaan sedang melakukan rundingan berhubung pakej bagi menyelamatkan negara itu bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan delegasinya, yang dijangka berlangsung di Colombo pada 20 Jun ini.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, negara itu juga sedia menghulurkan bantuan kepada Sri Lanka selepas berhubung dengan Perdana Menteri baru, Ranil Wickremesinghe.

"Dalam keadaan yang serba mencabar kini, termasuk dari segi ekonomi dan politik, AS sedia bekerjasama dengan Sri Lanka, di bawah penyelarasan erat bersama IMF dan masyarakat antarabangsa," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Wickremesinghe berkata Sri Lanka memerlukan sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM22 bilion) pada bulan ini bagi memenuhi import penting sepanjang tahun ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-6-2022 04:51 PM
Takde sape nak jajah sri lanka ni?

Quote Artemesiaa 15-6-2022 06:02 PM
Eloklah nak makan sila berkebun sendiri
Quote kakikuDibibirmu 15-6-2022 06:51 PM
Marilah kita bercucuk tanam di medan ranjang, eh silap, di ladang
Quote Kitty_catz 15-6-2022 06:54 PM
ni nak hint mesia ni tak lama lagi jadi cam sri lanka ke tt???

hawauuuuu lahabauuuu
Quote batu kikir 15-6-2022 06:56 PM
Idea yg bagus untuk pekerja Gomen di Malaysia.  Ini asyik2 melalak minta tambah gaji, tambah elaun, tambah pencen macam baak dia punya tapi produktiviti ciput.
Quote Decaffeinated 15-6-2022 08:20 PM
Kalau dah takde duit nak bagi kenaikan, kasi je lah off day extra.

Pandai2 lah masing2 apa nak buat.

Quote ninja boy 15-6-2022 09:16 PM
Edited by ninja boy at 15-6-2022 09:18 PM

Cuti byk  duit banyak habis lah, 1 hari soping market dan mall, 1 hari intertaiment cinema makan seafood, 1 hari meladangi bini

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035243 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top