View: 790|Reply: 7
|
Sri Lanka Beri Cuti Kepada Kakitangan Awam Untuk Bercucuk Tanam
[Copy link]
|
|
Sri Lanka meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi membolehkan mereka bercucuk tanam untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan berdepan isu bekalan kronik petrol.
Keputusan berkenaan diumumkan kerajaan hari ini ketika negara itu terus bergelut dengan krisis kewangan terburuk dalam sejarah sejak mencapai kemerdekaan beberapa dekad lalu.
 Gambar hiasan/GNN
Malam semalam, Kabinet Sri Lanka meluluskan cadangan supaya pekerja sektor awam diberi cuti setiap Jumaat selama tiga bulan, sebahagiannya disebabkan kekurangan bahan api yang menyukarkan perjalanan ke tempat kerja dan bagi menggalakkan mereka bertani.
"Keputusan untuk memberi pegawai kerajaan cuti sehari pada hari bekerja adalah wajar bagi membolehkan mereka bercucuk tanam di halaman rumah atau di tempat lain bagi menangani isu kekurangan makanan," kata pejabat penerangan kerajaan dalam satu kenyataan.
Negara kepulauan yang mempunyai sekitar sejuta pekerja sektor awam berdepan krisis pertukaran asing yang teruk.
Susulan itu, Sri Lanka berdepan kesukaran kritikal untuk membayar kos import bahan api, makanan dan ubat-ubatan.
Sebahagian besar daripada 22 juta penduduk negara itu terpaksa beratur di stesen minyak selama beberapa jam dengan bekalan elektrik kerap terputus sejak beberapa bulan lalu.
Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai peningkatan krisis kemanusiaan dan merancang menyediakan peruntukan AS$47 juta (RM207 juta) untuk membantu lebih daripada sejuta orang yang terjejas.
Penyusutan nilai mata wang, kenaikan harga komoditi global dan dasar ketika ini untuk mengharamkan baja kimia mendorong inflasi makanan meningkat kepada 57 peratus pada April.
Kerajaan sedang melakukan rundingan berhubung pakej bagi menyelamatkan negara itu bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan delegasinya, yang dijangka berlangsung di Colombo pada 20 Jun ini.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, negara itu juga sedia menghulurkan bantuan kepada Sri Lanka selepas berhubung dengan Perdana Menteri baru, Ranil Wickremesinghe.
"Dalam keadaan yang serba mencabar kini, termasuk dari segi ekonomi dan politik, AS sedia bekerjasama dengan Sri Lanka, di bawah penyelarasan erat bersama IMF dan masyarakat antarabangsa," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Dalam pada itu, Wickremesinghe berkata Sri Lanka memerlukan sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM22 bilion) pada bulan ini bagi memenuhi import penting sepanjang tahun ini.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sape nak jajah sri lanka ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah nak makan sila berkebun sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Marilah kita bercucuk tanam di medan ranjang, eh silap, di ladang |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak hint mesia ni tak lama lagi jadi cam sri lanka ke tt???
hawauuuuu lahabauuuu  |
|
|
|
|
|
|
|
Idea yg bagus untuk pekerja Gomen di Malaysia. Ini asyik2 melalak minta tambah gaji, tambah elaun, tambah pencen macam baak dia punya tapi produktiviti ciput. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah takde duit nak bagi kenaikan, kasi je lah off day extra.
Pandai2 lah masing2 apa nak buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 15-6-2022 09:18 PM
Cuti byk duit banyak habis lah, 1 hari soping market dan mall, 1 hari intertaiment cinema makan seafood, 1 hari meladangi bini |
|
|
|
|
|
|
| |
|