Baur-baru ini, ada video tular memaparkan seorang bekas peninju yang pernah menentang Mike Tyson iaitu Julius Francis menumbuk seorang lelaki sedang bergaduh diluar kedai makan BoxPark, Wembley. Francis yang sekarang bertugas sebagai pengawal keselamatan di situ cuba meleraikan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di BoxPark.
Ekoran kejadian, Francis dan beberapa pengawal keselamatan yang lain dilihat berjaya menjauhkan lelaki berkenaan daripada BoxPark, tetapi mereka diasak dengan kasar oleh lelaki yang naik minyak itu.
Francis kemudian menumbuk lelaki itu yang membuatkan dia terus tersungkur tidak sedarkan diri. Sementara itu, pihak polis melancarkan siasatan mengenai pergaduhan berkenaan. - CARI |
ADVERTISEMENT