View: 789|Reply: 4
|
Lelaki 'KO' Ditumbuk Bekas Peninju Kerana Bergaduh Di Luar Tempat Makan
[Copy link]
|
|
Baur-baru ini, ada video tular memaparkan seorang bekas peninju yang pernah menentang Mike Tyson iaitu Julius Francis menumbuk seorang lelaki sedang bergaduh diluar kedai makan BoxPark, Wembley.
Kredit foto: Yahoo Sports
Francis yang sekarang bertugas sebagai pengawal keselamatan di situ cuba meleraikan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di BoxPark.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang lelaki dikatakan berang dan berkelakuan agresif apabila terdengar orang memaki hamun dirinya.
Ekoran kejadian, Francis dan beberapa pengawal keselamatan yang lain dilihat berjaya menjauhkan lelaki berkenaan daripada BoxPark, tetapi mereka diasak dengan kasar oleh lelaki yang naik minyak itu.
Francis kemudian menumbuk lelaki itu yang membuatkan dia terus tersungkur tidak sedarkan diri.
Sementara itu, pihak polis melancarkan siasatan mengenai pergaduhan berkenaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaaaaaa! Yang botak tu terus tak berani nak naik tangan! Sambung marah guna mulut sajalah...  |
|
|
|
|
|
|
|
play stupid game, win stupid prize |
|
|
|
|
|
|
| |
|