Usahawan yang sering terkait dengan kelakuan tidak senonoh, Kak KM dalam satu temubual bersama Gempak mengakui dia sengaja tampil dengan video panas hingga mengundang cemuhan demi menarik pengguna.
Menyedari adegan yang ditonjolkan akan menyebabkan dirinya dikritik, dicaci dan dimaki, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini bagaimanapun menyifatkan setiap perkara yang tular mengenai dirinya adalah penanda aras produk jualannya laris dijual.
"Pertama sekali, alhamdulillah sebab tular. Setiap apa yang saya buat mesti akan tarik perhatian netizen dan saya mengharapkan viral.
"Bila viral, menandakan produk saya laku kerana orang akan stalk saya dan ambil tahu apa saya buat, apa saya makan dan apa saya jual.
"Sebenarnya perkara-perkara viral yang saya buat ini sesuatu yang positif untuk perniagaan saya," katanya.
Dalam pada itu, Kak KM turut mengakui dirinya hanya manusia biasa yang kadang-kala pasti akan melakukan kesilapan namun tetap meletakkan ibu dan keluarganya yang lain sebagai keutamaan.
"Ye la, takkan dalam hidup ni kita asyik nak buat benda jahat je kan. Bila soal keluarga saya akan sentiasa utamakan.
"Saya dan adik-beradik sangat rapat dan kami akan sedaya-upaya untuk bahagiakan mak saya. Contohnya hati tu dah beli rumah dan kali ini akan ada lagi kejutan untuk mak," ujar Kak KM. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Lagi kesian pembeli tegar product minah ni.
Terang2 kena tipu makan product dia tu konon cyst pun boleh turun melalui najis2.
Nmpk sgt yang membeli tu bodoh tak mau nak mampossss.
Buat perangai tak senonoh lepastu sebut alhamdulillah,jijik perangai
Utamakan keluarga? Ye la tu tpi anak2 kau pun ada video gelek2 kan? Nanti kalau anak kau nyawa tak panjang jangan mintak netizens delete. Sendiri la delete sb kau sendiri bangga ajar kau benda bukan2.
amik la iktibar kembaq syuk tu..dia meninggal pun ramai yg mendoakn kebaikan walaupun penah kena kecam sebab hujung2 hayat arwah tu nampak perubahan ke arah kebaikan..