Usahawan yang sering terkait dengan kelakuan tidak senonoh, Kak KM dalam satu temubual bersama Gempak mengakui dia sengaja tampil dengan video panas hingga mengundang cemuhan demi menarik pengguna.
Menyedari adegan yang ditonjolkan akan menyebabkan dirinya dikritik, dicaci dan dimaki, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini bagaimanapun menyifatkan setiap perkara yang tular mengenai dirinya adalah penanda aras produk jualannya laris dijual.
"ertama sekali, alhamdulillah sebab tular. Setiap apa yang saya buat mesti akan tarik perhatian netizen dan saya mengharapkan viral.
"Bila viral, menandakan produk saya laku kerana orang akan stalk saya dan ambil tahu apa saya buat, apa saya makan dan apa saya jual.
"Sebenarnya perkara-perkara viral yang saya buat ini sesuatu yang positif untuk perniagaan saya," katanya.
Dalam pada itu, Kak KM turut mengakui dirinya hanya manusia biasa yang kadang-kala pasti akan melakukan kesilapan namun tetap meletakkan ibu dan keluarganya yang lain sebagai keutamaan.
"Ye la, takkan dalam hidup ni kita asyik nak buat benda jahat je kan. Bila soal keluarga saya akan sentiasa utamakan.
"Saya dan adik-beradik sangat rapat dan kami akan sedaya-upaya untuk bahagiakan mak saya. Contohnya hati tu dah beli rumah dan kali ini akan ada lagi kejutan untuk mak," ujar Kak KM. - CARI
|