Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi tampil bersuara selepas suara-suara sumbang memperlekehkan hasratnya dan suami, Mohamed Azam untuk bernikah semula.
Menerusi hantaran di Instagram, Ras Adiba menceritakan bahawa ada yang mempersendakan sebagai seorang janda dan suaminya sebagai duda. Malah, ada yang mempersoalkan hasrat mereka untuk bernikah semula. Akui tiada manusia yang sempurna, dia turut menyifatkan pihak yang memperlekehkan hasrat mereka sama seperti memperlekehkan aturan Ilahi. Di akhir hantarannya, Ras Adiba turut meminta pihak terbabit untuk tidak mengambil pusing dengan hidup orang lain, sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada sebelum ianya ditarik dari kita. Sumber: Murai |
sharlenetexas replied at 14-6-2022 09:10 PM
Mohon @Acikgomen memberi sepatah dua kata.
ADVERTISEMENT