Beberapa hari lepas, pasukan bola sepak Malaysia tewas dengan pasukan Bahrain. Walaupun hujan lebat, masih ramai peminat turun ke stadium untuk menyokong pasukan negara itu. Bagaimanapun, ada satu kenyataan yang mengatakan sorakan penonton membuat pemain hilang tumpuan. Disebabkan laporan tersebut, ramai peminat bola sepak tidak berpuas hati dengan kenyataan itu. Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang memberikan kenyataan selepas perlawanan itu tamat. Melihat reaksi netizen tentang komen itu, ada yang berkata kenyataan berkenaan tidak masuk akal dan ada juga mengatakan mereka lebih baik menyokong pasukan bola sepak itu di kedai makan mamak. - CARI |
ADVERTISEMENT