Seorang gadis teruk dikecam gara-gara menjulurkan kakinya ke arah pekerja pembersihan di sebuah kafe. Lebih menyakitkan hati apabila lelaki terbabit membersihkan tapak kasutnya.
Video berdurasi 14 saat dimuat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dirly Danzel Delion itu memaparkan seorang pekerja pembersihan sedang membersihkan tapak kasut pelanggan wanita di sebuah kafe. Namun, apa yang membuatkan netizen tidak berpuas hati adalah tindakan biadab gadis terbabit yang duduk di atas kerusi sambil menjulur kakinya ke arah pekerja berkenaan.
Meskipun lelaki terbabit hanya seorang pekerja pembersihan yang ditugaskan untuk menyapu lantai serta membersihkan kawasan berkenaan, namun tidak wajar gadis itu bertindak sedemikian. Seolah-olah tidak berperikemanusiaan! Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dengan tindakan gadis berkenaan. Malah, ada di antara mereka mendoakan agar pekerja terbabit dilimpahi rezeki dan berjaya kelak. Bagaimanapun, tinjauan mendapati video di akaun TikTok berkenaan tidak dapat diakses buat masa ini. Sumber: OhBulan
|
matjerk replied at 14-6-2022 11:43 PM
So nak tgk videonya... nak kena p cari kat oh bulan tu lah kan????????
matjerk replied at 14-6-2022 11:43 PM
So nak tgk videonya... nak kena p cari kat oh bulan tu lah kan????????
ezacbee replied at 18-6-2022 01:57 PM
https://www.tiktok.com/@lord.a.hope/video/7108191642141625627?is_from_webapp=1&sender_device=pc
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
6-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045037 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.