CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam 60 Tahun Buat Amang Seksual, Bogel Dalam Surau Depan Budak Perempuan 4 Tahun

14-6-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1952| Komen: 19

MELAKA: Seorang imam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan kesalahan seksual termasuk berbogel di depan kanak-kanak perempuan, bulan lalu. 


Tertuduh yang berusia 60 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin. 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan imam di sebuah surau di Limbongan di sini, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. 

Foto: Utusan

Tindakan itu didakwa dilakukan tertuduh antara pukul 3.30 hingga 5 petang di sebuah surau di Limbongan di sini pada 28 Mei lalu. 


Terduduh juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun antara pukul 5 petang sehingga 5.30 petang di dalam stor di surau sama pada hari sama. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat. 

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal bagi maksud seksual dengan berbogel di hadapan mangsa sama berusia 13 tahun di lokasi dan waktu sama.

Bagi tindakan itu, warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya. 

Dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Mazana Sinin, tertuduh yang mempunyai dua anak turut didakwa dalam milikannya terdapat video lucah dalam telefon bimbit. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Mustapa merayu agar jaminan rendah dapat diberikan dengan alasan tertuduh sudah berusia dan menderita penyakit gout. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM23,000 dan menetapkan tarikh 15 Julai sebagai sebutan semula keempat-empat pertuduhan. 

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin dan Sharina Farhana Nor Sa’ari. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 14-6-2022 05:22 PM
Imam ni ada iman ke tak?


Quote allshares 14-6-2022 05:37 PM
Boroinye pokcik. Waktu bogel tu nampak tak anu sendiri tu ye? Perangai hanat ni mcmni mesti set2 yg sok meratip 24jam ape2 salahkan pompuan tak tutup aurat.
Quote dani-rox 14-6-2022 05:49 PM
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Mustapa merayu agar jaminan rendah dapat diberikan dengan alasan tertuduh sudah berusia dan menderita penyakit gout.


masa buat jenayah tak ingat pula diri tu dah tua berpenyakit. pegi mampos la.

btw tunjuk je la muka dia. bukan muka di censor dlm media ni utk perogol darah daging sendirik ke? utk melindungi identiti mangsa. ni kes ke atas anak stranger kot, tak payah cover muka dia... biar semua org tahu dan jauhkan diri n family drpd pervert nih.
Quote fergie.abel 14-6-2022 05:58 PM
dani-rox replied at 14-6-2022 05:49 PM
masa buat jenayah tak ingat pula diri tu dah tua berpenyakit. pegi mampos la.

btw tunjuk je la mu ...

khen..tetiba ada penyakit gout. time nak molest tu tak ingat pula
Quote syamzana 14-6-2022 06:11 PM
trauma anak2 tu dijamu pandangan jijik. buncit, bebird berkedut2, kalau muke hodoh lagi la haru.
kesiannya anak2 tu
Quote tikusmontok 14-6-2022 06:16 PM
Kesian budak2 tu trauma teringat2 janggut sang kelembai sampai mengigau2 kencing malam
Quote KBW2 14-6-2022 06:22 PM
Budak 4 tahun vavinya ko imam.
Quote gigahertz 14-6-2022 06:35 PM

Kat store masjid dia ingat Allah xde
Quote zamnie 14-6-2022 06:37 PM
Gilerrr ke apo pokcik ni..
Quote shernazz 14-6-2022 06:38 PM
Amboi.tak padan dgn asam.kecut
Dgn budak.kecik kau nak usik?
Kesian budak tu..trauma dia
Quote dua_chzy 14-6-2022 06:41 PM
dani-rox replied at 14-6-2022 09:49 AM
masa buat jenayah tak ingat pula diri tu dah tua berpenyakit. pegi mampos la.

btw tunjuk je la mu ...


Ntah2 dari muda remaja dah biasa sexually assault budak2. You think a pedo can change his/her skin overnight? Hell naw!
Quote mamajawie 14-6-2022 07:16 PM
Babi sial punya imam..nk je soh yb penembak babi tembak ko cam tembak babi hutan kt melaka tu..bodoh da tua kutuk x pikir dosa wat benda hanat camni
Quote CardiGans85 14-6-2022 07:30 PM
Astaghfirullahal'azim..apa ko dah buat? campak je la kat taman buaya Melaka tu
Quote selipar_hijau 14-6-2022 07:30 PM
Sial dah kene tangkap dan dan tu la ko sakit gout
Quote matchstick 14-6-2022 07:31 PM
Dh kenapa suka bogel dpn budak2..suka tgk budak2 tu melolong ketakutan ke
Quote kakikuDibibirmu 14-6-2022 07:33 PM
Lahabau betul, program berjalan dengan lancau, ulau berlingkau di atas pagau, Hawau you? I am fine, thank you, nice tumit you
Quote kakikuDibibirmu 14-6-2022 07:34 PM
Tembak babi:

[youtube]JQm9sXYF7Bk[/youtube]
Quote Kitty_catz 14-6-2022 07:39 PM
kau dah kenapa hawauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu?

nak kena sula dgn acik kedai 35 ke?
Quote kakikuDibibirmu 14-6-2022 07:43 PM
Kitty_catz replied at 14-6-2022 07:39 PM
kau dah kenapa hawauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu?

nak kena sula dgn acik kedai 35 ke?

Suruh dia sula dengan gigi dua batang tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.147473 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top