View: 1288|Reply: 19
|
Imam 60 Tahun Buat Amang Seksual, Bogel Dalam Surau Depan Budak Perempuan 4 Tahun
[Copy link]
|
|
MELAKA: Seorang imam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan kesalahan seksual termasuk berbogel di depan kanak-kanak perempuan, bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 60 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan imam di sebuah surau di Limbongan di sini, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
 Foto: Utusan
Tindakan itu didakwa dilakukan tertuduh antara pukul 3.30 hingga 5 petang di sebuah surau di Limbongan di sini pada 28 Mei lalu.
Terduduh juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun antara pukul 5 petang sehingga 5.30 petang di dalam stor di surau sama pada hari sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal bagi maksud seksual dengan berbogel di hadapan mangsa sama berusia 13 tahun di lokasi dan waktu sama.
Bagi tindakan itu, warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.
Dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Mazana Sinin, tertuduh yang mempunyai dua anak turut didakwa dalam milikannya terdapat video lucah dalam telefon bimbit.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Mustapa merayu agar jaminan rendah dapat diberikan dengan alasan tertuduh sudah berusia dan menderita penyakit gout.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM23,000 dan menetapkan tarikh 15 Julai sebagai sebutan semula keempat-empat pertuduhan.
Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin dan Sharina Farhana Nor Sa’ari. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Boroinye pokcik. Waktu bogel tu nampak tak anu sendiri tu ye? Perangai hanat ni mcmni mesti set2 yg sok meratip 24jam ape2 salahkan pompuan tak tutup aurat. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Mustapa merayu agar jaminan rendah dapat diberikan dengan alasan tertuduh sudah berusia dan menderita penyakit gout.
masa buat jenayah tak ingat pula diri tu dah tua berpenyakit. pegi mampos la.
btw tunjuk je la muka dia. bukan muka di censor dlm media ni utk perogol darah daging sendirik ke? utk melindungi identiti mangsa. ni kes ke atas anak stranger kot, tak payah cover muka dia... biar semua org tahu dan jauhkan diri n family drpd pervert nih. |
|
|
|
|
|
|
|
khen..tetiba ada penyakit gout. time nak molest tu tak ingat pula 
|
|
|
|
|
|
|
|
trauma anak2 tu dijamu pandangan jijik. buncit, bebird berkedut2, kalau muke hodoh lagi la haru.
kesiannya anak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian budak2 tu trauma teringat2 janggut sang kelembai sampai mengigau2 kencing malam |
|
|
|
|
|
|
|
Budak 4 tahun vavinya ko imam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat store masjid dia ingat Allah xde |
|
|
|
|
|
|
|
Gilerrr ke apo pokcik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi.tak padan dgn asam.kecut
Dgn budak.kecik kau nak usik?
Kesian budak tu..trauma dia |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 14-6-2022 09:49 AM
masa buat jenayah tak ingat pula diri tu dah tua berpenyakit. pegi mampos la.
btw tunjuk je la mu ...
Ntah2 dari muda remaja dah biasa sexually assault budak2. You think a pedo can change his/her skin overnight? Hell naw! |
|
|
|
|
|
|
|
Babi sial punya imam..nk je soh yb penembak babi tembak ko cam tembak babi hutan kt melaka tu..bodoh da tua kutuk x pikir dosa wat benda hanat camni |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullahal'azim..apa ko dah buat? campak je la kat taman buaya Melaka tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sial dah kene tangkap dan dan tu la ko sakit gout |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kenapa suka bogel dpn budak2..suka tgk budak2 tu melolong ketakutan ke |
|
|
|
|
|
|
|
kau dah kenapa hawauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu?
nak kena sula dgn acik kedai 35 ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|