CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangkitan Kuman Pada Otak Dan Cirit-Birit, Cik Non Viral Meninggal Dunia

14-6-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 62498| Komen: 509|Original author: roti_banjir

Pengasas produk kontroversi Cik Non dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Selasa.

Khabar duka kematian pemilik nama Nor Shahadah Aisyah itu dimaklumkan oleh suaminya menerusi satu video di laman TikTok.


Foto: via mStar Online

"Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi," ujarnya dalam nada tenang.

Dalam video sama, suaminya turut memohon maaf jika Cik Non ada melakukan sebarang kesalahan sepanjang hayatnya.

Tambah suaminya, dia juga tidak akan membuat siaran langsung pengkebumian isterinya atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.



"Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya.

"Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia," ujarnya dalam video itu.

Dalam pada itu, beberapa individu di laman Facebook turut berkongsi maklumat, mendakwa Cik Non meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada otak selepas mengalami cirit-birit selama empat hari.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut atas berita pemergian mengejut itu.

Foto: mStar


Pada masa sama, ramai netizen memohon agar segala video serta foto arwah yang pernah tular sebelum ini agar dipadamkan segera.

Untuk rekod, nama Cik Non pernah tular pada tahun 2020 kerana video tular masuk ke pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 14-6-2022 12:23 PM
salam takziah....
Quote mizruncing 14-6-2022 12:24 PM
Innalilahhh.. nampak penampilan terkini dah lain. semoga ditempatkan dikalangan org beriman
Quote kiah_mai_pulak 14-6-2022 12:26 PM
terlebih timbang kilo ke apa?
Quote dauswq 14-6-2022 12:30 PM
kenapa dinamakan syuk sahar versi perempuan? tertinggal cerita pasal ni.
Quote margo20 14-6-2022 12:33 PM
Org tu dh meninggal pun nak ejek lg hmm
Quote roti_banjir 14-6-2022 12:37 PM
mana ada ejek pon. memagn dah muka dia iras si Syuk Sahar kaki curang kan. Klu mention nama penuh dia karang org tak kenal pulak. doakan jer yg baik2.
Quote miemiecha 14-6-2022 12:38 PM
tengok tiktok laki dia tadi tapi entah ngape xnmpk cam sedih pun laki nya.. mek maksudkan xperlulah sampai gelak terbahak ke ape.. tapi riaksi sugul tu xde ye...
Quote aemon 14-6-2022 12:39 PM
salam takziah.semoga ada keinsafan buat kembar cik non. dunia ni sementara je.
Quote Aneem 14-6-2022 12:40 PM
Laki dia drive pun sempat bertasbih.
Dasyat betul perubahan.
Harapnya betul2 istiqamah la ye bukan sbb content dan view.
Knowing netizen malaysia ni yg kagum sgt dgn org yg alim2 ni.
MO menyamar alim pun diorang boleh guna sbg salah satu cara marketing.
Quote rainbowrainz 14-6-2022 12:40 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga rohnya ditmptkan dikalangan org yg beriman... aamiin Ya Rabbal Aalamiin..Al fatihah
Quote Aneem 14-6-2022 12:40 PM
Edited by Aneem at 14-6-2022 06:58 PM

- double posting -
Quote Kepot 14-6-2022 12:46 PM
al-fatihah.
Quote slavehunter 14-6-2022 12:59 PM
Innalilah. Takziah. Dah cucuk kan? Jangkitan kuman kat otak.

Tiada apa lagi nak didustakan.
Takziah.
Quote HelgaPataki 14-6-2022 01:05 PM
Salam takziah. Suaminya dah boleh delete ig arwah kot, serem jugak kita tgk.
Quote kucingitam 14-6-2022 01:06 PM
cik non ni yang dulu heboh buat live tgh toot tu kan? ke org lain?
Quote lyshafull 14-6-2022 01:06 PM
salam takziah
ambil pengajaran dekt founder yg buat aksi pelik2 ....
Quote Cyempaka 14-6-2022 01:15 PM
Aku meneka ramai yg nak komen tp xtergamak. Pengajaran utk kita semua, marilah kita menjaga maruah diri sementara masih bernyawa. Jgn smp anak cucu google nama kita keluar semua yg buruk2.
Quote nazriatie 14-6-2022 01:17 PM
Sejujurnya iols x knl si arwah. Cuma iols dpt recall sikit2 bila bc tajuk si arwah ni version shuk sahar perempuan.

Al fatihah. Moga tenang di sana. Aamiin
Quote ashilalat 14-6-2022 01:19 PM
HelgaPataki replied at 14-6-2022 01:05 PM
Salam takziah. Suaminya dah boleh delete ig arwah kot, serem jugak kita tgk.

Apa ig dia? Nak tengok

Lihat semua komen(509)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top