Pelakon, Iman Zulkarnain sebelum ini melonjak naik walaupun hanya memegang watak kecil sebagai peniaga warung dalam drama Nur 2.
Tidak lagi terikat dengan perkahwinan poligami, aktor berusia 31 tahun itu mengakui lebih seronok menjalani kehidupan tanpa isteri kerana bebas melakukan apa sahaja.
Memetik laporan mStar, dia juga boleh berlakon dengan mana-mana pelakon wanita tanpa perlu memikirkan perasaan dua isterinya.
"Saya bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019, dengan isteri pertama pula tahun lalu. Alhamdulillah, saya gembira sebab ada kebebasan dan rezeki dalam industri juga masih ada.
"Keadaan ini memudahkan saya untuk bekerja dan berurusan dalam industri. Kalau nak berlakon dengan mana-mana pelakon wanita pun tak perlu nak jaga hati sesiapa.
"Tak ada siapa yang cemburu dan saya bebas nak pilih kerja. Apa saja status sama ada sudah berkahwin atau duda, tetap akan ada rezeki. Cuma jadi duda lagi seronok," katanya kepada mStar.
Iman turut mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan yang sangat teruk selepas berpisah dengan kedua-dua isterinya.
Katanya, dia pernah cuba bunuh diri dan meroyan dalam tempoh beberapa bulan. Iman bagaimanapun mengakui kesilapannya berkahwin dua sedangkan ketika itu ia diluar kemampuannya.
"Memang silap saya sendiri sebab nak poligami tapi di luar kemampuan saya. Saya terima kesilapan itu yang menjadi penyebab saya kehilangan kedua-dua isteri.
"Tapi, apa yang berlaku membuatkan saya lebih matang dan memahami diri sendiri serta kemahuan wanita. Saya kembali fokus pada diri dan kerja.
"Tahun lalu dan tahun ini saya ada cuba cari pengganti tetapi buat masa sekarang ini rasanya saya macam belum bersedia komitmen untuk hubungan serius. Lebih baik saya fokus pada diri dahulu," katanya.
Terdahulu, Iman berkahwin dengan isteri pertama pada 28 Januari 2012 dan dikurniakan tiga orang anak berusia sepuluh, enam dan empat tahun.
Iman kemudian berkahwin buat kali kedua pada 15 April 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Pelakon itu bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019, manakala isteri pertama pula pada Februari tahun lalu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
ko elok2 kawen 1, ko p kawen 2.. bila ko kawen 2, igt mampu nk poligami, rupanya ko x mampu.. last2 bercerai ngan bini kedua ko xsampai setahun kawen. by that time, 1st marriage ko dh xseperti dulu.. last2, 2-2 ko hilang... mesti disaat ini ko menyesal... sedeynya bila difikirkan..
ni jenis kuat mencelop tapi tak nak komitmen ni....red flag sungguh...sendiri bukak pekong & red flag diri sendiri demi nak himpit pelakon pompuan.... bodooo
Orang sekarang mmg kepala hotak dia kawin dulu, tak serasi boleh cerai.
Ni bukan org muda je ya, yg tua bangka pun sama.
Mcm tak pernah serik walaupun perkahwinan dulu2 tak semenggah.
muda2 dah kerap kawin cerai, red flag mamat nih..
gembira hidup single? good for u..
takyah la kawin lagi if mindset pon acah2 budak baru nak rasa freedom. buat penaya anak dara orang je..