CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hentikan Mitos Orang Melaka Kasar - Exco Kebudayaan

13-6-2022 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2653| Komen: 20

Kepercayaan dongeng atau mitos mengenai sikap orang Melaka kasar harus segera dihentikan bagi menjaga imej dan nama baik negeri bersejarah ini.

Exco Kebudayaan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia juga bersesuaian dengan pengertian hadis Nabi Muhammad SAW yang meminta manusia menghormati tetamu walaupun mereka bukanlah tetamu yang disukai.


Foto: Utusan

“Saya berharap sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan dalam meminta maaf janganlah beri alasan ia memang cara orang Melaka, sebaliknya salahkanlah diri sendiri.

“Alasan ‘orang Melaka cakap kasar’ ini sama sekali tidak pernah wujud malah mitos ini harus segera dihentikan kerana kekasaran itu datang dari peribadi individu tertentu bukan suku atau rumpun bangsa,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya di sini malam ini merujuk kepada laporan MalaysiaGazette kelmarin bertajuk ‘Saya minta maaf, saya naik angin ketika itu – Pekerja Restoran 3’.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan kerajaan bagi memastikan semua pihak termasuk peniaga di negeri ini menghormati tetamu yang menjadi pelancong ke negeri ini.

“Dari dulu lagi saya dah nasihatkan, layanlah tetamu dengan senyuman, polisi ‘serve with a smile’ yang saya perkenalkan dari tahun 2018 tetap tidak berubah.

“Kekasaran yang berlaku terhadap tetamu sama sekali tidak boleh diterima atas apa alasan sekalipun,” katanya.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan seorang pekerja Restoran 35 di Banda Hilir di sini memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Ia susulan sebelum ini, tular satu klip video berdurasi 51 saat di media sosial mengenai seorang pelanggan dari Singapura diherdik dengan perkataan kasar yang menggambarkan mereka sekeluarga tidak mampu menikmati menu di restoran asam pedas berkenaan.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 13-6-2022 11:57 PM
Org.luar melaka gi lah carik Nyonya food ke, Portugis ke, Chetty ke, sebab takda kat tempat lain. Setakat asam pedas kat mana2 negeri ada.

Yg.org.melaka pulak, nak asam pedas pegi ja kat Lotus Peringgit ka, Jusco ka . Kan hygiene terjamin & bebas sihir. Bodo.
Quote ekselen 14-6-2022 12:09 AM
Baguslah kalo ada yg tempelak psl mitos org melaka ni semua...mmg x sepatutnya berlaku...memalukan malaysia as a whole sbb bg bad experience kt pelancong asing...
Quote Duta lover 14-6-2022 12:23 AM
Aku membesar di melaka dr umur 4 tahun.
Sampailah aku masuk university. Aku boleh simpulkan, orang dari negeri kedah yang paling kasar.  Suma cakap meninggi diri, melawak kasar, kondem orang secara terang2.

Serius. Orang sabah pulak boleh aku cakap, yang paling baik dan sopan.

Quote Adrif 14-6-2022 01:12 AM
Duta lover replied at 14-6-2022 12:23 AM
Aku membesar di melaka dr umur 4 tahun.
Sampailah aku masuk university. Aku boleh simpulkan, orang d ...

kawan aku merata negeri, macam2 jugak perangai diorang.
yang ada loghat negeri tersendiri, ada yang ok, ada yang tak.
ada juga yang murtad negeri, tak nak bergaul dengan negeri diorang sendiri sebab stigma

bergantung pada individu tersebut

tapi setuju, so far kawan2 Sabah & Sarawak, aiyo, very soft spoken. kalau bergurau pun tak tinggi suara.
gelak kuat tu biasa la, tapi bila bercakap, auto tone down. lembut ja diorang.
mungkin ada yang tak, tapi so far alhamdulillah, rezeki ditemukan dengan orang yang baik-baik
Quote Normabaru 14-6-2022 01:13 AM
Negeri singaporn tu yang plg kasar..suka fitnah suka pinjam duit xbayar siap kongkek bini org..

Worst of the worst
Quote AbukRokok 14-6-2022 06:42 AM
pyropura replied at 13-6-2022 11:57 PM
Org.luar melaka gi lah carik Nyonya food ke, Portugis ke, Chetty ke, sebab takda kat tempat lain. Se ...

yg bodo tu og luau
ketegaq nak asam pedas buat review

ong melakau xmakang asam pedas kat luau
kt rumah jeau


Quote AbukRokok 14-6-2022 06:43 AM
Duta lover replied at 14-6-2022 12:23 AM
Aku membesar di melaka dr umur 4 tahun.
Sampailah aku masuk university. Aku boleh simpulkan, orang d ...

negeri kristian mmg baik
Quote bottombikini 14-6-2022 07:46 AM
mitos apooo
dah org melaka sendiri berbangga yg dorang cakap kaso
tapi hati baik katanye
Quote TomyamPuteh 14-6-2022 07:54 AM
Ada ke mulut jahat, hati baik?
Quote wolfheart 14-6-2022 07:57 AM
Celaka cilanat
Orang Melaka tak bersunat

Takde niat menghina org Melaka. Cuma nak bagitau, terkenal pantun ni tapi pembayang pun kata² makian
Quote Kitty_catz 14-6-2022 08:24 AM
Duta lover replied at 14-6-2022 12:23 AM
Aku membesar di melaka dr umur 4 tahun.
Sampailah aku masuk university. Aku boleh simpulkan, orang d ...

meols ada kwn org melaka.. plg kuat tolong org, bahasa sikit je kasar , boleh terima

kedah - staff and sedara, mmg betoi le tu.. ckp tak jejak bumi mebi sbb deme mmg cenggini kut dari azali

sabah - staff juga 2 org, plg senyap and bila suruh buat tak banyak bunyi, tapi kerja jalan tip top.. so meols mmg nak carik budak sabah lagi, swak tak penah try lg

but ni segelintir je la.. kang kata smua marah pulak or kedah melaka sana hawauuuu
Quote kotakbaju 14-6-2022 08:39 AM
Kitty_catz replied at 14-6-2022 08:24 AM
meols ada kwn org melaka.. plg kuat tolong org, bahasa sikit je kasar , boleh terima

kedah - staf ...

iols orang kedah dan iols tak nafikan memang betul apa uols cakap tu.

Tapi iols kalau dengan orang luar iols cakap standard je. Kalau sesama kedah ye lah kena la cakap kedah jugak.
Quote Kitty_catz 14-6-2022 08:44 AM
kotakbaju replied at 14-6-2022 08:39 AM
iols orang kedah dan iols tak nafikan memang betul apa uols cakap tu.

Tapi iols kalau deng ...

bertabahlah chuols org kedah.. meols kut sembang dgn org kedah,, dengo buleh, percaya tu jgn.. or keep your expectation lower

kalu dia kata ribu2, ekecli ratus2 je haaa gitu..
Quote mojarean_X 14-6-2022 08:50 AM
Duta lover replied at 14-6-2022 12:23 AM
Aku membesar di melaka dr umur 4 tahun.
Sampailah aku masuk university. Aku boleh simpulkan, orang d ...

Iols setuju psl orang sabah. Mereka plg baik dan hati mereka amat suci. For kedah iols x sure sgt sama ada mereka plg kasar tp kalo ikut eira aziera ye lah kot
Quote toynme 14-6-2022 08:55 AM
ada je bdk melaka kat opis ni...dia punya tone tinggi betul...aku tak yang pemarah ni pun jadi nak marah...jenis kuat melenting...ntah ape yang dia banggakan sgt dgn high pitch tu
Quote Dwdrum 14-6-2022 09:31 AM
Edited by Dwdrum at 13-6-2022 05:33 PM

sopan di hadapan tetapi ber cakap di belakang lebih bahaya... Biadap acik melaka boleh di tegur or avoid if tidak suka
Quote ifanonline 14-6-2022 09:35 AM
malaysia ni bukan sahaja sifat kenegerian menebal, sifat perkauman pun turut tebal...bertabahlah Malaysia
Quote Duta lover 14-6-2022 09:49 AM
Kitty_catz replied at 14-6-2022 08:24 AM
meols ada kwn org melaka.. plg kuat tolong org, bahasa sikit je kasar , boleh terima

kedah - staf ...

Yelah..kalau siapa tahu ..tahulah.

Bukan orang kedah je..tapi orang utara la kot style ckp camtu.
Ada kawan baik aku kat u dulu..org kedah gak.
Mmg fun kawan dgn dia..jenis lawak.
Tapi mmg cakap takde tapis2.. straight to the point.

Kiranya siapa2 yang masuk universiti, kalau first time bergaul dengan orang kedah / utara memang tak boleh hati tisu. Hehe

Orang melaka tang mencarut tu mmg ada kot? Tapi aku sbagai orang melaka sendiri jarang jumpa.
Takdela tiba2 ko tgh shopping kat jusco...orang tolak troli, tiba2 carut ko? Haha

Quote azie5zoe 14-6-2022 10:17 AM
Iols orang yang berniaga ni kalau dah meroyan dalam media sosial pun i dah gam dari nak beli barang dia lagi, ni kan lagi spesis yang maki depan-depan. Walau tak terkena batang hidung sendiri pun iols takan jeru nak ke tempat dia berniaga.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.117289 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top