View: 1845|Reply: 20
|
Hentikan Mitos Orang Melaka Kasar - Exco Kebudayaan
[Copy link]
|
|
Kepercayaan dongeng atau mitos mengenai sikap orang Melaka kasar harus segera dihentikan bagi menjaga imej dan nama baik negeri bersejarah ini.
Exco Kebudayaan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia juga bersesuaian dengan pengertian hadis Nabi Muhammad SAW yang meminta manusia menghormati tetamu walaupun mereka bukanlah tetamu yang disukai.
 Foto: Utusan
“Saya berharap sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan dalam meminta maaf janganlah beri alasan ia memang cara orang Melaka, sebaliknya salahkanlah diri sendiri.
“Alasan ‘orang Melaka cakap kasar’ ini sama sekali tidak pernah wujud malah mitos ini harus segera dihentikan kerana kekasaran itu datang dari peribadi individu tertentu bukan suku atau rumpun bangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya di sini malam ini merujuk kepada laporan MalaysiaGazette kelmarin bertajuk ‘Saya minta maaf, saya naik angin ketika itu – Pekerja Restoran 3’.
Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan kerajaan bagi memastikan semua pihak termasuk peniaga di negeri ini menghormati tetamu yang menjadi pelancong ke negeri ini.
“Dari dulu lagi saya dah nasihatkan, layanlah tetamu dengan senyuman, polisi ‘serve with a smile’ yang saya perkenalkan dari tahun 2018 tetap tidak berubah.
“Kekasaran yang berlaku terhadap tetamu sama sekali tidak boleh diterima atas apa alasan sekalipun,” katanya.
Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan seorang pekerja Restoran 35 di Banda Hilir di sini memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Ia susulan sebelum ini, tular satu klip video berdurasi 51 saat di media sosial mengenai seorang pelanggan dari Singapura diherdik dengan perkataan kasar yang menggambarkan mereka sekeluarga tidak mampu menikmati menu di restoran asam pedas berkenaan.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Org.luar melaka gi lah carik Nyonya food ke, Portugis ke, Chetty ke, sebab takda kat tempat lain. Setakat asam pedas kat mana2 negeri ada. 
Yg.org.melaka pulak, nak asam pedas pegi ja kat Lotus Peringgit ka, Jusco ka . Kan hygiene terjamin & bebas sihir. Bodo.  |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah kalo ada yg tempelak psl mitos org melaka ni semua...mmg x sepatutnya berlaku...memalukan malaysia as a whole sbb bg bad experience kt pelancong asing... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku membesar di melaka dr umur 4 tahun.
Sampailah aku masuk university. Aku boleh simpulkan, orang dari negeri kedah yang paling kasar. Suma cakap meninggi diri, melawak kasar, kondem orang secara terang2.
Serius. Orang sabah pulak boleh aku cakap, yang paling baik dan sopan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku merata negeri, macam2 jugak perangai diorang.
yang ada loghat negeri tersendiri, ada yang ok, ada yang tak.
ada juga yang murtad negeri, tak nak bergaul dengan negeri diorang sendiri sebab stigma 
bergantung pada individu tersebut
tapi setuju, so far kawan2 Sabah & Sarawak, aiyo, very soft spoken. kalau bergurau pun tak tinggi suara.
gelak kuat tu biasa la, tapi bila bercakap, auto tone down. lembut ja diorang.
mungkin ada yang tak, tapi so far alhamdulillah, rezeki ditemukan dengan orang yang baik-baik
|
|
|
|
|
|
|
|
yg bodo tu og luau
ketegaq nak asam pedas buat review
ong melakau xmakang asam pedas kat luau
kt rumah jeau
|
|
|
|
|
|
|
|
negeri kristian mmg baik 
|
|
|
|
|
|
|
|
mitos apooo
dah org melaka sendiri berbangga yg dorang cakap kaso
tapi hati baik katanye  |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke mulut jahat, hati baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka cilanat
Orang Melaka tak bersunat
Takde niat menghina org Melaka. Cuma nak bagitau, terkenal pantun ni tapi pembayang pun kata² makian  |
|
|
|
|
|
|
|
meols ada kwn org melaka.. plg kuat tolong org, bahasa sikit je kasar , boleh terima
kedah - staff and sedara, mmg betoi le tu.. ckp tak jejak bumi mebi sbb deme mmg cenggini kut dari azali
sabah - staff juga 2 org, plg senyap and bila suruh buat tak banyak bunyi, tapi kerja jalan tip top.. so meols mmg nak carik budak sabah lagi, swak tak penah try lg
but ni segelintir je la.. kang kata smua marah pulak or kedah melaka sana hawauuuu 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 14-6-2022 08:24 AM
meols ada kwn org melaka.. plg kuat tolong org, bahasa sikit je kasar , boleh terima
kedah - staf ...
iols orang kedah dan iols tak nafikan memang betul apa uols cakap tu.
Tapi iols kalau dengan orang luar iols cakap standard je. Kalau sesama kedah ye lah kena la cakap kedah jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah chuols org kedah.. meols kut sembang dgn org kedah,, dengo buleh, percaya tu jgn.. or keep your expectation lower
kalu dia kata ribu2, ekecli ratus2 je haaa gitu.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Duta lover replied at 14-6-2022 12:23 AM
Aku membesar di melaka dr umur 4 tahun.
Sampailah aku masuk university. Aku boleh simpulkan, orang d ...
Iols setuju psl orang sabah. Mereka plg baik dan hati mereka amat suci. For kedah iols x sure sgt sama ada mereka plg kasar tp kalo ikut eira aziera ye lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
ada je bdk melaka kat opis ni...dia punya tone tinggi betul...aku tak yang pemarah ni pun jadi nak marah...jenis kuat melenting...ntah ape yang dia banggakan sgt dgn high pitch tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 13-6-2022 05:33 PM
sopan di hadapan tetapi ber cakap di belakang lebih bahaya... Biadap acik melaka boleh di tegur or avoid if tidak suka |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia ni bukan sahaja sifat kenegerian menebal, sifat perkauman pun turut tebal...bertabahlah Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 14-6-2022 08:24 AM
meols ada kwn org melaka.. plg kuat tolong org, bahasa sikit je kasar , boleh terima
kedah - staf ...
Yelah..kalau siapa tahu ..tahulah.
Bukan orang kedah je..tapi orang utara la kot style ckp camtu.
Ada kawan baik aku kat u dulu..org kedah gak.
Mmg fun kawan dgn dia..jenis lawak.
Tapi mmg cakap takde tapis2.. straight to the point.
Kiranya siapa2 yang masuk universiti, kalau first time bergaul dengan orang kedah / utara memang tak boleh hati tisu. Hehe
Orang melaka tang mencarut tu mmg ada kot? Tapi aku sbagai orang melaka sendiri jarang jumpa.
Takdela tiba2 ko tgh shopping kat jusco...orang tolak troli, tiba2 carut ko? Haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols orang yang berniaga ni kalau dah meroyan dalam media sosial pun i dah gam dari nak beli barang dia lagi, ni kan lagi spesis yang maki depan-depan. Walau tak terkena batang hidung sendiri pun iols takan jeru nak ke tempat dia berniaga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|