Sepasang suami isteri di Uttarakhand, India telah menyaman anak tunggal mereka dan isterinya kerana tidak memberi mereka cucu selepas enam tahun berkahwin.
Ibu Bapa, Sanjeev dan Sadhana Prasad, 61 dan 57, berkata mereka menghabiskan wang simpanan mereka untuk membesarkan anak lelaki mereka, membayar latihan juruterbangnya serta perkahwinan mewah. Malah Prasad berkata dia telah membelanjakan semua wang simpanannya untuk anaknya dan menghantarnya ke AS pada 2006 untuk latihan juruterbang dengan kos $65,000. Ibu bapanya berkata mereka mengatur perkahwinannya dengan Shubhangi Sinha pada 2016, dengan harapan mereka akan mempunyai “cucu untuk bermain bersama” semasa persaraan mereka.
Disebabkan pasangan ini tidak berjaya memberikan cucu, mereka menuntut pampasan bernilai hampir $650,000 jika tiada cucu yang dilahirkan dalam tempoh setahun. Berita tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rakan artis dan salah seorangnya ialah Daphne Iking. Di laman Instagram miliknya, Daphne Iking berkongsikan kembali klip video yang memaparkan isu saman tersebut. Baginya, dia okey sahaja jika anaknya mahu berkeluarga sama ada mempunyai anak ataupun tidak. Tetapi Daphne juga berpesan supaya memastikan anaknya itu menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Sumber: Murai
|
kechikchomel replied at 14-6-2022 03:18 AM
iolss lagi tertarik dgn gambar atas tu. ada orang tengah mengemop?
ADVERTISEMENT