CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1543|Reply: 3

Kes Anak Disaman Tak Bagi Cucu, Daphne Iking 'Totally OK' Jika Tak Dapat Cucu

[Copy link]
Post time 13-6-2022 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami isteri di Uttarakhand, India telah menyaman anak tunggal mereka dan isterinya kerana tidak memberi mereka cucu selepas enam tahun berkahwin.


Ibu Bapa, Sanjeev dan Sadhana Prasad, 61 dan 57, berkata mereka menghabiskan wang simpanan mereka untuk membesarkan anak lelaki mereka, membayar latihan juruterbangnya serta perkahwinan mewah.




Foto: IG Daphne




Malah Prasad berkata dia telah membelanjakan semua wang simpanannya untuk anaknya dan menghantarnya ke AS pada 2006 untuk latihan juruterbang dengan kos $65,000.


Ibu bapanya berkata mereka mengatur perkahwinannya dengan Shubhangi Sinha pada 2016, dengan harapan mereka akan mempunyai “cucu untuk bermain bersama” semasa persaraan mereka.


Disebabkan pasangan ini tidak berjaya memberikan cucu, mereka menuntut pampasan bernilai hampir $650,000 jika tiada cucu yang dilahirkan dalam tempoh setahun.


Berita tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rakan artis dan salah seorangnya ialah Daphne Iking.


Di laman Instagram miliknya, Daphne Iking berkongsikan kembali klip video yang memaparkan isu saman tersebut.







Baginya, dia okey sahaja jika anaknya mahu berkeluarga sama ada mempunyai anak ataupun tidak.


Tetapi Daphne juga berpesan supaya memastikan anaknya itu menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 11:15 AM | Show all posts
Setuju dengan Daphne, ilmu lebih penting.. Pasangan hidup dan zuriat serahkan kepada Illahi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:18 AM | Show all posts
iolss lagi tertarik dgn gambar atas tu. ada orang tengah mengemop?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:05 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 14-6-2022 03:18 AM
iolss lagi tertarik dgn gambar atas tu. ada orang tengah mengemop?

hahahah iol terus scroll blk tgk gambar tu. nampak mcm ada 2 org tu tgh mengemop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.386248 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list