Seorang suami di Bengkulu, Indonesia yang dikenali sebagai KO didakwa menjerut isterinya, Amelina Efriyanti sampai mati.
Ini berpunca apabila wanita tersebut menyatakan dia malu kerana tidak mempunyai motorsikal. Trbun News melaporkan motif pembunuhan adalah disebabkan suspek marah terhadap mangsa. Suspek akui malu dan meminta supaya isterinya bersabar dalam tempoh dua bulan sebelum membelikannya sebuah motosikal. KO kata, dia hanya mempunyai RP 500 ribu (anggaran RM 150.34) sedangkan mangsa meminta RP 2.5 juta (anggaran RM757.96) bagi membeli sebuah motosikal serta perlu membayar hutang yang lain.
Sementara itu pihak polis berjaya menjumpai dadah jenis methamphetamine di rumah suspek. Bagaimanapun, KO mendakwa itu bukan miliknya berikutan kediaman tersebut sering kali dijadikan tempat perjudian. Menurut sumber lagi sebelum insiden tersebut berlaku, mangsa dan suspek sempat bertengkar antara satu sama lain mengenai isu hutang sebelum wanita berkenaan cuba mengugut dengan mengambil kabel elektrik yang tergantung di ruang hadapan rumah mereka dan bertindak melilitkan kabel tersebut pada lelernya. Bagaimanapun suspek ketika itu seolah-olah tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh mangsa sebelum dia bertindak di luar kawalan dengan menarik sekuat hati kabel elektrik yang berada pada leher isterinya. Mangsa sesak nafas dan terjatuh dalam keadaan duduk di atas lantai dengan membelakangi suspek. Ketika itu suspek terdengar bunyi keluar dari mulut mangsa seperti orang tercekik dan tidak boleh bernafas. Selepas beberapa minit, barulah suspek sedar akan tindakannya dan melepaskan kabel tersebut dari leher mangsa namun isterinya sama sekali tidak bergerak dan dilaporkan sudah meninggal dunia. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak Rp 45 juta. -CARI
|
ADVERTISEMENT