CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 820|Reply: 5

Malu Tak Ada Motor, Suami Jerut Sampai Mati Sebab Marah Isteri Meminta-Minta

[Copy link]
Post time 13-6-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suami di Bengkulu, Indonesia yang dikenali sebagai KO didakwa menjerut isterinya, Amelina Efriyanti sampai mati.


Ini berpunca apabila wanita tersebut menyatakan dia malu kerana tidak mempunyai motorsikal.


Trbun News melaporkan motif pembunuhan adalah disebabkan suspek marah terhadap mangsa.




Gambar Hiasan




Suspek akui malu dan meminta supaya isterinya bersabar dalam tempoh dua bulan sebelum membelikannya sebuah motosikal.


KO kata, dia hanya mempunyai RP 500 ribu (anggaran RM 150.34) sedangkan mangsa meminta RP 2.5 juta (anggaran RM757.96) bagi membeli sebuah motosikal serta perlu membayar hutang yang lain.


Sementara itu pihak polis berjaya menjumpai dadah jenis methamphetamine di rumah suspek. Bagaimanapun, KO mendakwa itu bukan miliknya berikutan kediaman tersebut sering kali dijadikan tempat perjudian.


Menurut sumber lagi sebelum insiden tersebut berlaku, mangsa dan suspek sempat bertengkar antara satu sama lain mengenai isu hutang sebelum wanita berkenaan cuba mengugut dengan mengambil kabel elektrik yang tergantung di ruang hadapan rumah mereka dan bertindak melilitkan kabel tersebut pada lelernya.


Bagaimanapun suspek ketika itu seolah-olah tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh mangsa sebelum dia bertindak di luar kawalan dengan menarik sekuat hati kabel elektrik yang berada pada leher isterinya.


Mangsa sesak nafas dan terjatuh dalam keadaan duduk di atas lantai dengan membelakangi suspek. Ketika itu suspek terdengar bunyi keluar dari mulut mangsa seperti orang tercekik dan tidak boleh bernafas.


Selepas beberapa minit, barulah suspek sedar akan tindakannya dan melepaskan kabel tersebut dari leher mangsa namun isterinya sama sekali tidak bergerak dan dilaporkan sudah meninggal dunia.


Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak Rp 45 juta. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila setan jadi manusia, ya Allah...benda kecik gini jadi musibah. Yg perempuan xsabar sabar, yang laki jadi setan
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun KO..what u expect..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 05:17 PM | Show all posts
Yang jadi gila(betul betul gila) pun ada kerana keluarga tak mampu untuk membelikan motosikal yang dia nak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
15 tahun je
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 06:18 PM | Show all posts
Mat pet kaki judi lagi nak dibawa bincang mana tak mengundang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.729561 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list