CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ni Impian Bapa Ke Anak?" - Netizen Pening Aeril Zafrel Sekali Lagi Buat 'Hal'

13-6-2022 04:34 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2686| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Aeril Zafrel


Jika melihat dari segi lakonannya pelakon ini di kaca televisyen, pasti ramai yang tak bahawa pelakon bernama Aeril Zafrel ini sebenarnya seorang lelaki yang kelakar. Namun jika anda mengikuti perkembangan Aeril di akaun media sosialnya, pasti anda tahu bahawa konten yang dimuatnaik oleh pelakon ini sentiasa menghiburkan hati. 

Baru-baru ini, Aeril telah  berkongsikan video baru di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan bapa kepada empat orang cahaya mata telah membawa anak perempuannya iaitu Hayla dan Ayya ke sebuah hotel yang  bertemakan kartun Barbie. 



Menurut Aeril di ruangan kapsyen, akhirnya dia telah menunaikan permintaan anaknya yang ingin menjadi mermaid atau ikan duyung. Comel betul bila melihat Aeril melayan anak-anaknya. 

Tetapi siapa sangka 'impian' yang dimaksudkan oleh Aeril itu rupa-rupanya bukanlah impian anaknya tetapi impian dirinya sendiri. Di penghujung video itu, kelihatan Aeril memakai rambut palsu dengan memakai kostum ekor ikan duyung sambil berposing di atas katil bersama anka-anaknya. Hal ini menyebabkan rata-rata penonton video itu terhibur melihat plot twist yang dibuat oleh Aeril. 

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Aeril pernah berkongsikan video dia menyakat anaknya Hayla dengan mengatakan bahawa dirinya berasal daripada keturunan ikan duyung, tetapi tiada siapa sangka Aeril akhirnya 'menunjukkan' dirinya yang sebenar.

Sejak video itu dimuatnaik, ia telah mendapat hampir 1.5 juta tontonan. Meninjau ke ruangan komen, kelihatan peminat dan netizen sangat terhibur dengan Aeril Zafrel. Tak sangka, rupa-rupanya telah lama Aeril ingin menjadi seorang mermaid.  -CARI

Sumber: Tiktok Aeril Zafrel


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-6-2022 05:11 PM
terpaksalah buat benda acah-acah kelakar demi content.....
Quote kitmal 14-6-2022 06:42 AM
dah naik menyampah.............
Quote virgo19 14-6-2022 07:47 AM
Ramai ya org yg suka dia.. tengok komen semua terhibur. Lelaki pun ramai komen, selalu kan lelaki tak layan retis2 ni. Tapi kenapa aku rasa semua video dia kelakar yg dibuat2.. ke aku yg takde sense of humor..
Quote slyfynx 14-6-2022 07:48 AM
Waaaa, terhiburnye saye
Quote chandrahusin 14-6-2022 07:50 AM
acah2 style Mat Saleh layan anak
Quote Burong_Hantuk 14-6-2022 08:00 AM
dia nih sangap perhatian
Quote September14 14-6-2022 08:05 AM
X nmpk mcm anak dia yg paksa.. tp dia yg nak pakai mcmtu sbb content
Quote kiah_mai_pulak 14-6-2022 08:06 AM
dah jadi hamba content ni sanggup lah bodohkan diri
Quote SherryZass 22-6-2022 10:49 AM
bosan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.041720 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top