CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2008|Reply: 9

"Ni Impian Bapa Ke Anak?" - Netizen Pening Aeril Zafrel Sekali Lagi Buat 'Hal'

[Copy link]
Post time 13-6-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Aeril Zafrel


Jika melihat dari segi lakonannya pelakon ini di kaca televisyen, pasti ramai yang tak bahawa pelakon bernama Aeril Zafrel ini sebenarnya seorang lelaki yang kelakar. Namun jika anda mengikuti perkembangan Aeril di akaun media sosialnya, pasti anda tahu bahawa konten yang dimuatnaik oleh pelakon ini sentiasa menghiburkan hati.


Baru-baru ini, Aeril telah  berkongsikan video baru di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan bapa kepada empat orang cahaya mata telah membawa anak perempuannya iaitu Hayla dan Ayya ke sebuah hotel yang  bertemakan kartun Barbie.





Menurut Aeril di ruangan kapsyen, akhirnya dia telah menunaikan permintaan anaknya yang ingin menjadi mermaid atau ikan duyung. Comel betul bila melihat Aeril melayan anak-anaknya.


Tetapi siapa sangka 'impian' yang dimaksudkan oleh Aeril itu rupa-rupanya bukanlah impian anaknya tetapi impian dirinya sendiri. Di penghujung video itu, kelihatan Aeril memakai rambut palsu dengan memakai kostum ekor ikan duyung sambil berposing di atas katil bersama anka-anaknya. Hal ini menyebabkan rata-rata penonton video itu terhibur melihat plot twist yang dibuat oleh Aeril.


Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Aeril pernah berkongsikan video dia menyakat anaknya Hayla dengan mengatakan bahawa dirinya berasal daripada keturunan ikan duyung, tetapi tiada siapa sangka Aeril akhirnya 'menunjukkan' dirinya yang sebenar.


Sejak video itu dimuatnaik, ia telah mendapat hampir 1.5 juta tontonan. Meninjau ke ruangan komen, kelihatan peminat dan netizen sangat terhibur dengan Aeril Zafrel. Tak sangka, rupa-rupanya telah lama Aeril ingin menjadi seorang mermaid. -CARI




Sumber: Tiktok Aeril Zafrel







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 05:11 PM | Show all posts
terpaksalah buat benda acah-acah kelakar demi content.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 06:42 AM | Show all posts
dah naik menyampah.............
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ya org yg suka dia.. tengok komen semua terhibur. Lelaki pun ramai komen, selalu kan lelaki tak layan retis2 ni. Tapi kenapa aku rasa semua video dia kelakar yg dibuat2.. ke aku yg takde sense of humor..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:48 AM | Show all posts
Waaaa, terhiburnye saye
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:50 AM | Show all posts
acah2 style Mat Saleh layan anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2022 08:00 AM | Show all posts
dia nih sangap perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
X nmpk mcm anak dia yg paksa.. tp dia yg nak pakai mcmtu sbb content
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dah jadi hamba content ni sanggup lah bodohkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:49 AM | Show all posts
bosan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.248651 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list