CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakistan Haramkan Majlis Kahwin Lepas 10 Malam Jimatkan Tenaga Negara

10-6-2022 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 916| Komen: 2

Kerajaan Pakistan melarang majlis perkahwinan selepas jam 10 malam manakala pasar-pasar di seluruh negara perlu ditutup pada 8.30 malam, lapor laman berita Wion News semalam.


Arahan itu dikuatkuasakan kelmarin dalam usaha untuk menjimatkan tenaga negara, lapor saluran televisyen Geo News.

Pakistan yang menghadapi krisis tenaga telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.


Gambar hiasan/White Frog Productions

Krisis tenaga yang turut menjejaskan ekonomi Pakistan itu memaksa Majlis Ekonomi Negara (NEC) mengarahkan penutupan pasar di seluruh negara pada pukul 8.30 malam.


Keputusan itu diambil dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dan dihadiri oleh semua ketua menteri  wilayah kecuali Ketua Menteri Khyber Pakhtunkhwa yang diarahkan untuk menangani krisis tenaga itu.

Kenyataan mengenai arahan tersebut menambah, ketua menteri Sindh, Punjab dan Balochistan telah meminta masa dua hari untuk berunding dengan persatuan peniaga tetapi bersetuju dengan langkah itu.

Menteri Tenaga, Khurrum Dastagir dalam kenyataan kepada akhbar berkata, penutupan awal pasar dan aturan bekerja dari rumah boleh menjimatkan tenaga elektrik.

“Elektrik yang dihasilkan di negara ini (Pakistan) adalah 22,000 megawatt (MW) dan keperluannya adalah 26,000MW,” kata menteri iu sambil menambah, terdapat kekurangan bekalan sebanyak 4,000MW di negara itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-6-2022 09:31 PM
Nuklear jangan tak nuklear!
Quote angelofish 10-6-2022 10:45 PM
betul juga bab nuklear tu.ada bom nuklear.kenapa tak buat jana kuasa nuklear?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.070420 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top