CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 2

Pakistan Haramkan Majlis Kahwin Lepas 10 Malam Jimatkan Tenaga Negara

[Copy link]
Post time 10-6-2022 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Pakistan melarang majlis perkahwinan selepas jam 10 malam manakala pasar-pasar di seluruh negara perlu ditutup pada 8.30 malam, lapor laman berita Wion News semalam.


Arahan itu dikuatkuasakan kelmarin dalam usaha untuk menjimatkan tenaga negara, lapor saluran televisyen Geo News.


Pakistan yang menghadapi krisis tenaga telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.




Gambar hiasan/White Frog Productions




Krisis tenaga yang turut menjejaskan ekonomi Pakistan itu memaksa Majlis Ekonomi Negara (NEC) mengarahkan penutupan pasar di seluruh negara pada pukul 8.30 malam.


Keputusan itu diambil dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dan dihadiri oleh semua ketua menteri  wilayah kecuali Ketua Menteri Khyber Pakhtunkhwa yang diarahkan untuk menangani krisis tenaga itu.


Kenyataan mengenai arahan tersebut menambah, ketua menteri Sindh, Punjab dan Balochistan telah meminta masa dua hari untuk berunding dengan persatuan peniaga tetapi bersetuju dengan langkah itu.


Menteri Tenaga, Khurrum Dastagir dalam kenyataan kepada akhbar berkata, penutupan awal pasar dan aturan bekerja dari rumah boleh menjimatkan tenaga elektrik.


“Elektrik yang dihasilkan di negara ini (Pakistan) adalah 22,000 megawatt (MW) dan keperluannya adalah 26,000MW,” kata menteri iu sambil menambah, terdapat kekurangan bekalan sebanyak 4,000MW di negara itu.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
betul juga bab nuklear tu.ada bom nuklear.kenapa tak buat jana kuasa nuklear?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.603914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list