CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diddy AF4 Menangis Dah Lulus PhD, Jadi Pensyarah Di Kedah

10-6-2022 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13106| Komen: 142

"Bila penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland cakap 'pass' (lulus) dan 'minor correction' (sedikit pembetulan), saya nangis (menangis) satu malam. Syukur alhamdulillah saya lulus."


Demikian kata penyanyi Diddy Hirdy, 37, selepas melalui proses pembentangan viva bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Liverpool dalam bidang muzik yang dibuat secara dalam talian beberapa hari lalu.


Menurut Diddy, hari konvokesyen bakal dijalankan pada Disember ini dan berharap dia dapat menghadirkan diri.

"Perjuangan mendapatkan PhD ini bermula sejak 2017. Alhamdulillah, selepas lima tahun saya berjaya selesaikan walaupun pelbagai cabaran ditempuh. Sebagai contoh, saya bermula di Glasgow, Scotland, kemudian penyelia saya berpindah ke Finland. Dia ajak ikut sekali, tapi saya tak boleh sebab baru 10 bulan duduk di Glasgow. Namun, saya ambil keputusan berpindah ke Liverpool dan teruskan dengan penyelia sewaktu peringkat Ijazah Sarjana.




"Bagi saya, ini cabaran terbesar saya apabila perlu bertukar penyelia dan berpindah. Sedikit sebanyak ia mengganggu. Apabila merantau di negara orang, ia sangat susah. Itu belum lagi masalah timbul ketika nak pindahkan barang dari Glasgow ke Liverpool.

"Saya ingat lagi ada seorang profesor cakap, PhD ini rezeki, tak semestinya pelajar pandai akan lulus. Kalau Allah tak izinkan, tak juga. Itu yang bila panel penilai cakap 'pass' saya macam tak percaya. Kemudian proses viva saya sangat singkat iaitu satu jam 30 minit, sedangkan ada orang lebih lama dalam tiga jam, malah ada sebahagian kes sampai sambung esok hari. Saya ada berbual dengan kawan-kawan yang PhD, mereka cakap mungkin perjalanan saya berliku, jadi Allah permudahkan," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Diddy yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, dia lega dan pengorbanan dilalui selama ini sudah terbayar.

"Mengenangkan jerit perih dengan membawa dua anak kecil dan merantau di bumi asing, sekarang dah lega. Ibaratnya terbayar segala pengorbanan. Sebelum ini rasa macam ada batu besar yang memberi beban besar di belakang. Nak jumpa orang pun malas. Sekarang ni bangun pagi tak tahu nak buat apa.

"Saya bukan anak orang senang. Saya belajar di luar negara dengan biasiswa dari 2014 hingga 2020. Bagi pengajian Ijazah Sarjana biasiswa saya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan PhD dari UUM. Saya kena berkhidmat dengan UUM selepas tamat pengajian dan sekarang memang sudah mengajar di UUM," katanya.



Dalam masa sama, Diddy berkata, perjalanan dalam bidang pendidikan itu memerlukan dia mengorbankan kerjaya seni dibina selepas keluar dari program Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

"Sebenarnya, selepas AF 4 dan selepas beberapa tahun aktif menyanyi, saya terus sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UUM. Ketika itu UUM buka peluang kepada anak seni dan ambil peluang itu. Saya dapat keputusan baik dan ditawarkan menjadi tutor di situ. Alhamdulillah, seterusnya dapat peluang sambung Ijazah Sarjana dan PhD pula.


"Saya korbankan dan lupakan karier nyanyian. Alhamdulillah dah selesai PhD, mungkin boleh 'refresh' kerjaya seni," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 10-6-2022 05:18 PM
Alhamdulillahhhh
Quote miszclassique 10-6-2022 05:21 PM
Alhamdulillah ok la tu habis study terus confirm ada pekerjaan, dah gred DS51
Quote prettyuglybabe 10-6-2022 05:30 PM
tahniah.. bakat dan ilmu seiringan..
didi ni la only budak AF yang i pernah undi..
kertunya mak


Quote SherryZass 10-6-2022 05:46 PM
wow, hebat & tahniah berjaya menamatkan pelajaran dengan jayanya.
Quote Mary_jane 10-6-2022 05:49 PM
Tahniah Diddy, senyap2 je sambung belajar, tahu2 dah lulus PHD. Patut jadi contoh kat retis lain, bukan gebang je sambung belajar bagai. Habuk pun tara.
Quote imanjannah 10-6-2022 05:52 PM
alhamdulillah.. tahniah diddy
Quote anony-mous 10-6-2022 05:57 PM
Hebat!! Diam2 je tau2 dah setel. Kena pggil doc la mcm soo winci kan? Harap perangai seiring title
Quote Redmyvi 10-6-2022 06:07 PM
hopefully boleh keluar kn karya yg berkualiti laa seriring dgn ilmu nyaa
Quote kechikchomel 10-6-2022 06:07 PM
Diddy ni yg lagu 'Hilang' tu kan?
Quote ezacbee 10-6-2022 06:23 PM
Phd makan bertahun nak settle. Ni ada retis yg berlonggok "phd" relax je xde stress pun.
Quote kaoru44 10-6-2022 06:28 PM
Tahniah...iols tak tengok AF time dia ada tu..
Quote guesswho09 10-6-2022 06:28 PM
Oh dah balik msia dah ye
Ingatkan masih jual pinggan frm oversea
Quote hyie 10-6-2022 06:33 PM
tahni chuolsss!!!
Quote chocobozhere 10-6-2022 06:53 PM
Tahniah... Artis yang patut di bangga kan..
Quote smeetasmitten 10-6-2022 07:00 PM
Tak ingat suara dia mcmmana. Tapi suka tengok dia dulu sweet je
Quote doubleA 10-6-2022 07:02 PM
Wow tahniah! Tak sangka rajin heols study sampai phd. Another quality celebrity selain soo winci, untung wife nya
Quote Buritan 10-6-2022 07:30 PM
miszclassique replied at 10-6-2022 05:21 PM
Alhamdulillah ok la tu habis study terus confirm ada pekerjaan, dah gred DS51

Ade phd starting ds43... tp cpt naikk merokett
Quote bambimo 10-6-2022 07:33 PM
Tahniah..Dr Diddy

Lama tak dgr lagu dia Hilang tu..
Quote pujanggacinta 10-6-2022 07:35 PM
guesswho09 replied at 10-6-2022 06:28 PM
Oh dah balik msia dah ye
Ingatkan masih jual pinggan frm oversea

tumpang tanya... byk permintaan ker kalu jual pinggan mangkuk or ps dr oversea?

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.078552 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top