View: 12130|Reply: 141
|
Diddy AF4 Menangis Dah Lulus PhD, Jadi Pensyarah Di Kedah
[Copy link]
|
|
"Bila penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland cakap 'pass' (lulus) dan 'minor correction' (sedikit pembetulan), saya nangis (menangis) satu malam. Syukur alhamdulillah saya lulus."
Demikian kata penyanyi Diddy Hirdy, 37, selepas melalui proses pembentangan viva bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Liverpool dalam bidang muzik yang dibuat secara dalam talian beberapa hari lalu.
Menurut Diddy, hari konvokesyen bakal dijalankan pada Disember ini dan berharap dia dapat menghadirkan diri.
"erjuangan mendapatkan PhD ini bermula sejak 2017. Alhamdulillah, selepas lima tahun saya berjaya selesaikan walaupun pelbagai cabaran ditempuh. Sebagai contoh, saya bermula di Glasgow, Scotland, kemudian penyelia saya berpindah ke Finland. Dia ajak ikut sekali, tapi saya tak boleh sebab baru 10 bulan duduk di Glasgow. Namun, saya ambil keputusan berpindah ke Liverpool dan teruskan dengan penyelia sewaktu peringkat Ijazah Sarjana.
"Bagi saya, ini cabaran terbesar saya apabila perlu bertukar penyelia dan berpindah. Sedikit sebanyak ia mengganggu. Apabila merantau di negara orang, ia sangat susah. Itu belum lagi masalah timbul ketika nak pindahkan barang dari Glasgow ke Liverpool.
"Saya ingat lagi ada seorang profesor cakap, PhD ini rezeki, tak semestinya pelajar pandai akan lulus. Kalau Allah tak izinkan, tak juga. Itu yang bila panel penilai cakap 'pass' saya macam tak percaya. Kemudian proses viva saya sangat singkat iaitu satu jam 30 minit, sedangkan ada orang lebih lama dalam tiga jam, malah ada sebahagian kes sampai sambung esok hari. Saya ada berbual dengan kawan-kawan yang PhD, mereka cakap mungkin perjalanan saya berliku, jadi Allah permudahkan," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Diddy yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, dia lega dan pengorbanan dilalui selama ini sudah terbayar.
"Mengenangkan jerit perih dengan membawa dua anak kecil dan merantau di bumi asing, sekarang dah lega. Ibaratnya terbayar segala pengorbanan. Sebelum ini rasa macam ada batu besar yang memberi beban besar di belakang. Nak jumpa orang pun malas. Sekarang ni bangun pagi tak tahu nak buat apa.
"Saya bukan anak orang senang. Saya belajar di luar negara dengan biasiswa dari 2014 hingga 2020. Bagi pengajian Ijazah Sarjana biasiswa saya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan PhD dari UUM. Saya kena berkhidmat dengan UUM selepas tamat pengajian dan sekarang memang sudah mengajar di UUM," katanya.
Dalam masa sama, Diddy berkata, perjalanan dalam bidang pendidikan itu memerlukan dia mengorbankan kerjaya seni dibina selepas keluar dari program Akademi Fantasia musim keempat (AF4).
"Sebenarnya, selepas AF 4 dan selepas beberapa tahun aktif menyanyi, saya terus sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UUM. Ketika itu UUM buka peluang kepada anak seni dan ambil peluang itu. Saya dapat keputusan baik dan ditawarkan menjadi tutor di situ. Alhamdulillah, seterusnya dapat peluang sambung Ijazah Sarjana dan PhD pula.
"Saya korbankan dan lupakan karier nyanyian. Alhamdulillah dah selesai PhD, mungkin boleh 'refresh' kerjaya seni," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ok la tu habis study terus confirm ada pekerjaan, dah gred DS51 |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.. bakat dan ilmu seiringan..
didi ni la only budak AF yang i pernah undi..
kertunya mak
|
|
|
|
|
|
|
|
wow, hebat & tahniah berjaya menamatkan pelajaran dengan jayanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Diddy, senyap2 je sambung belajar, tahu2 dah lulus PHD. Patut jadi contoh kat retis lain, bukan gebang je sambung belajar bagai. Habuk pun tara. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. tahniah diddy |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat!! Diam2 je tau2 dah setel. Kena pggil doc la mcm soo winci kan? Harap perangai seiring title |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully boleh keluar kn karya yg berkualiti laa seriring dgn ilmu nyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Diddy ni yg lagu 'Hilang' tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Phd makan bertahun nak settle. Ni ada retis yg berlonggok "phd" relax je xde stress pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...iols tak tengok AF time dia ada tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dah balik msia dah ye
Ingatkan masih jual pinggan frm oversea |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah... Artis yang patut di bangga kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ingat suara dia mcmmana. Tapi suka tengok dia dulu sweet je |
|
|
|
|
|
|
|
Wow tahniah! Tak sangka rajin heols study sampai phd. Another quality celebrity selain soo winci, untung wife nya |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 10-6-2022 05:21 PM
Alhamdulillah ok la tu habis study terus confirm ada pekerjaan, dah gred DS51
Ade phd starting ds43... tp cpt naikk merokett |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..Dr Diddy
Lama tak dgr lagu dia Hilang tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
guesswho09 replied at 10-6-2022 06:28 PM
Oh dah balik msia dah ye
Ingatkan masih jual pinggan frm oversea
tumpang tanya... byk permintaan ker kalu jual pinggan mangkuk or ps dr oversea? |
|
|
|
|
|
|
| |
|