CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Terakhir Pulih, Kemboja Isytihar Bebas Daripada Wabak Covid-19

10-6-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1343| Komen: 3

PHNOM PENH – Kementerian Kesihatan Kemboja mengumumkan bahawa negara ber­kenaan bebas sepenuhnya da­ripada wabak Covid-19 selepas pesakit terakhirnya pulih, lapor agensi berita Xinhua.


Menurut kenyataan itu, Kemboja tidak melaporkan kes baharu Covid-19 selama 31 hari berturut-turut.

Sejak wabak Covid-19 bermula pada Januari 2020, negara Asia Tenggara itu mencatatkan sejumlah 136,262 kes disahkan dengan 133,206 pesakit pulih di samping 3,056 kematian.


Foto: AFP

Setiausaha Kementerian Kesihatan, Or Vandine menyifatkan kejayaan Kemboja mengawal wabak itu disebabkan oleh kepimpinan kerajaan dan keberkesanan vaksin Covid-19.


“Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen membuat keputusan yang tepat untuk memberikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada semua warga Kemboja.

“Vaksin adalah alat paling berkuasa untuk melindungi nyawa daripada Covid-19 ” katanya.

Kemboja memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada lebih 15 juta penduduk atau 94 peratus daripada 16 juta penduduknya setakat ini.

Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu 14.3 juta penduduk menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

Kira-kira 9.25 juta orang telah mendapat dos ketiga, manakala 2.58 juta lagi mene­rima dos keempat.

Kemboja menyambung se­mula semua aktiviti sosio­ekonomi dan membuka sempadannya kepada pengembara yang diberi vaksin lengkap sejak November tahun lalu.

Kebanyakan vaksin yang digunakan ialah Sinovac dan Sinopharm dari China. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 10-6-2022 03:47 PM
kj senyum tersengeh...."kami lg laju, siap dh jual pun data ke sg", katenye
Quote kubong 10-6-2022 04:02 PM
Kebanyakan rakyat Kemboja kena paksa ambil vaksin ni... yang degil2 tu setiap taman kena kepung di tentera di paksa ambil vaksin. Masjid di sana sampai sekarang masih tak de sembahyang jumaat sebab Covid ni.
Quote me12345 10-6-2022 04:39 PM
Malaysia masih beribu kes...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037460 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top