View: 630|Reply: 3
|
Pesakit Terakhir Pulih, Kemboja Isytihar Bebas Daripada Wabak Covid-19
[Copy link]
|
|
PHNOM PENH – Kementerian Kesihatan Kemboja mengumumkan bahawa negara berkenaan bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19 selepas pesakit terakhirnya pulih, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut kenyataan itu, Kemboja tidak melaporkan kes baharu Covid-19 selama 31 hari berturut-turut.
Sejak wabak Covid-19 bermula pada Januari 2020, negara Asia Tenggara itu mencatatkan sejumlah 136,262 kes disahkan dengan 133,206 pesakit pulih di samping 3,056 kematian.
 Foto: AFP
Setiausaha Kementerian Kesihatan, Or Vandine menyifatkan kejayaan Kemboja mengawal wabak itu disebabkan oleh kepimpinan kerajaan dan keberkesanan vaksin Covid-19.
“Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen membuat keputusan yang tepat untuk memberikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada semua warga Kemboja.
“Vaksin adalah alat paling berkuasa untuk melindungi nyawa daripada Covid-19 ” katanya.
Kemboja memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada lebih 15 juta penduduk atau 94 peratus daripada 16 juta penduduknya setakat ini.
Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu 14.3 juta penduduk menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.
Kira-kira 9.25 juta orang telah mendapat dos ketiga, manakala 2.58 juta lagi menerima dos keempat.
Kemboja menyambung semula semua aktiviti sosioekonomi dan membuka sempadannya kepada pengembara yang diberi vaksin lengkap sejak November tahun lalu.
Kebanyakan vaksin yang digunakan ialah Sinovac dan Sinopharm dari China. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kj senyum tersengeh...."kami lg laju, siap dh jual pun data ke sg", katenye |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan rakyat Kemboja kena paksa ambil vaksin ni... yang degil2 tu setiap taman kena kepung di tentera di paksa ambil vaksin. Masjid di sana sampai sekarang masih tak de sembahyang jumaat sebab Covid ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia masih beribu kes... |
|
|
|
|
|
|
| |
|