CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

panjang nyawa, 2 Pekerja Jatuh Dalam Tangki Coklat Diselamatkan

10-6-2022 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1413| Komen: 6

Dua individu diselamatkan pada Khamis selepas terjatuh ke dalam tangki coklat di kilang gula-gula Mars Wrigley di Pennsylvania, lapor media Amerika Syarikat (AS).


Kedua-duanya tidak dapat keluar dari tangki, di mana mereka dilaporkan berdiri separas pinggang dalam coklat sehingga mereka diselamatkan, menurut laporan.


Gambar hiasan/Adobe Stock

Penyelia Komunikasi Lancaster County 911, Brad Wolfe berkata kepada agensi berita CNN, pasukan penyelamat terpaksa memotong dan membuat lubang di bahagian sisi tangki itu untuk membolehkan mereka keluar.

Rakaman media tempatan di tempat kejadian menunjukkan pasukan polis dan pelbagai jentera berada di luar kilang milik konfeksionari gergasi di bandar Elizabethtown, di timur negeri timur laut AS.

Pekerja itu dibawa ke hospital tetapi keadaan mereka tidak diketahui, kata media tempatan.


Antara pasukan penyelamat tiba dan berada di luar kilang Mars Wrigley, Pennsylvania. FOTO Agensi

Sementera itu CNN melaporkan bahawa salah seorang dibawa ke hospital melalui jalan darat manakala seorang lagi dibawa menaiki helikopter.

Wolfe dilaporkan berkata, lima anggota bomba menarik kedua-dua pekerja itu daripada tangki dan tidak pasti bagaimana mereka boleh terjatuh ke dalam tangki penuh dengan coklat itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 10-6-2022 08:39 AM
wow macam cerita charlie & chocolate factory
ni baru betul menyelam sambil menogok coklat
agak2 da kenyang baru call SOS
Quote mizruncing 10-6-2022 09:13 AM
uishhhh mcm cerita charlie tu dahhh
Quote Mooverine 10-6-2022 09:48 AM
Jadi apa jadi dgn coklat tu ya.. kena buang lah kan?
Quote ainonymous 10-6-2022 10:20 AM
wahhh charlie and the choc factory! tak tau nak gembira ke sedih bila jatuh dalam tangki coklat haha
Quote mojarean_X 10-6-2022 10:25 AM
Ari tu i baca kt mana tah luar negara pekerja kilang jatuh dlm larutan besi panas
Quote sharlenetexas 10-6-2022 10:26 AM
Negara kita pun ada cite bangla lemas dlm tangki kilang coke.


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.032024 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top