Dua individu diselamatkan pada Khamis selepas terjatuh ke dalam tangki coklat di kilang gula-gula Mars Wrigley di Pennsylvania, lapor media Amerika Syarikat (AS).
Kedua-duanya tidak dapat keluar dari tangki, di mana mereka dilaporkan berdiri separas pinggang dalam coklat sehingga mereka diselamatkan, menurut laporan.
 Gambar hiasan/Adobe Stock
Penyelia Komunikasi Lancaster County 911, Brad Wolfe berkata kepada agensi berita CNN, pasukan penyelamat terpaksa memotong dan membuat lubang di bahagian sisi tangki itu untuk membolehkan mereka keluar.
Rakaman media tempatan di tempat kejadian menunjukkan pasukan polis dan pelbagai jentera berada di luar kilang milik konfeksionari gergasi di bandar Elizabethtown, di timur negeri timur laut AS.
Pekerja itu dibawa ke hospital tetapi keadaan mereka tidak diketahui, kata media tempatan.
 Antara pasukan penyelamat tiba dan berada di luar kilang Mars Wrigley, Pennsylvania. FOTO Agensi
Sementera itu CNN melaporkan bahawa salah seorang dibawa ke hospital melalui jalan darat manakala seorang lagi dibawa menaiki helikopter.
Wolfe dilaporkan berkata, lima anggota bomba menarik kedua-dua pekerja itu daripada tangki dan tidak pasti bagaimana mereka boleh terjatuh ke dalam tangki penuh dengan coklat itu.
Sumber: Harian Metro |