CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Penyakit Kelamin Dalam Kereta Kekasih, Wanita Terima Pampasan RM22.8 Juta

10-6-2022 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1444| Komen: 4

Seorang wanita di Missouri, Amerika Syarikat menerima pampasan AS$5.2 juta (RM22.8 juta) daripada syarikat insurans kenderaan bekas kekasihnya selepas mendakwa dijangkiti penyakit kelamin di dalam kereta lelaki itu.


Menurut portal berita MailOnline, wanita berkenaan mendakwa bahawa dia dijangkiti penyakit kelamin selepas melakukan hubungan intim bersama bekas teman lelakinya di dalam sebuah kereta Hyundai Genesis keluaran 2014.

Dia kemudian membuat tuntutan mahkamah dengan meminta ganti rugi daripada  GEICO General Insurance Company iaitu syarikat insurans kenderaan yang dilanggan bekas kekasihnya.


Firma insurans GEICO diarah membayar ganti rugi berjumlah AS$5.2 juta (RM22.8 juta) kepada wanita itu. – MailOnline


Kertas mahkamah yang diperoleh MailOnline mendedahkan bahawa wanita berkenaan memaklumkan kepada GEICO pada Februari 2021 bahawa dia dan bekas kekasihnya telah menjalin hubungan cinta sejak 2017.

Dia menuntut ganti rugi dalam bentuk wang tunai dan mendakwa telah dijangkiti penyakit papillomavirus manusia (HPV) ketika berada di dalam kenderaan pelanggan syarikat itu.

Dokumen mahkamah turut mendedahkan bahawa bekas teman lelaki wanita itu mengetahui bahawa dia menghidap tumor kanser dan HPV, namun tetap meneruskan hubungan seks dengan plaintif tanpa sebarang perlindungan.

Pada Mei 2021, panel juri mendapati bahawa kedua-dua mereka melakukan hubungan intim di dalam kenderaan tersebut, yang telah menyebabkan jangkitan penyakit kelamin HPV.

Bekas teman lelakinya juga didapati mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab kerana  tidak mendedahkan status kesihatannya kepada wanita berkenaan.

Justeru, Selasa lalu, Mahkamah Rayuan Missouri memerintahkan GEICO membayar ganti rugi berjumlah AS$5.2 juta (RM22.8 juta) kepada wanita berkenaan.

Menurut peguam kecederaan peribadi Los Angeles, Miguel Custodio, keputusan mahkamah itu munasabah.

“Jika anda memikirkan bahawa keadaan wanita itu berpunca daripada kecederaan  yang dialami ketika berada di dalam kereta orang lain, ia sememangnya menjadi tanggungjawab syarikat insurans untuk membayar pampasan,” jelasnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 10-6-2022 08:58 AM
Machiam ni pun boleh.
Quote imanjannah 10-6-2022 09:01 AM
macam macam
Quote tupai 10-6-2022 09:07 AM
Makin ramai la org buat projek dlm kereta pastu dpt sakit kelamin then insuran co yg bersalah
Quote Firenzza 12-6-2022 03:02 PM
Lepas ni blh claim insurans hotel plk....bwk skendel berjimak pastu kena hiv terus jd billioner

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.089113 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top