CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 847|Reply: 4

Dapat Penyakit Kelamin Dalam Kereta Kekasih, Wanita Terima Pampasan RM22.8 Juta

[Copy link]
Post time 10-6-2022 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita di Missouri, Amerika Syarikat menerima pampasan AS$5.2 juta (RM22.8 juta) daripada syarikat insurans kenderaan bekas kekasihnya selepas mendakwa dijangkiti penyakit kelamin di dalam kereta lelaki itu.


Menurut portal berita MailOnline, wanita berkenaan mendakwa bahawa dia dijangkiti penyakit kelamin selepas melakukan hubungan intim bersama bekas teman lelakinya di dalam sebuah kereta Hyundai Genesis keluaran 2014.


Dia kemudian membuat tuntutan mahkamah dengan meminta ganti rugi daripada  GEICO General Insurance Company iaitu syarikat insurans kenderaan yang dilanggan bekas kekasihnya.




Firma insurans GEICO diarah membayar ganti rugi berjumlah AS$5.2 juta (RM22.8 juta) kepada wanita itu. – MailOnline




Kertas mahkamah yang diperoleh MailOnline mendedahkan bahawa wanita berkenaan memaklumkan kepada GEICO pada Februari 2021 bahawa dia dan bekas kekasihnya telah menjalin hubungan cinta sejak 2017.


Dia menuntut ganti rugi dalam bentuk wang tunai dan mendakwa telah dijangkiti penyakit papillomavirus manusia (HPV) ketika berada di dalam kenderaan pelanggan syarikat itu.


Dokumen mahkamah turut mendedahkan bahawa bekas teman lelaki wanita itu mengetahui bahawa dia menghidap tumor kanser dan HPV, namun tetap meneruskan hubungan seks dengan plaintif tanpa sebarang perlindungan.


Pada Mei 2021, panel juri mendapati bahawa kedua-dua mereka melakukan hubungan intim di dalam kenderaan tersebut, yang telah menyebabkan jangkitan penyakit kelamin HPV.


Bekas teman lelakinya juga didapati mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab kerana  tidak mendedahkan status kesihatannya kepada wanita berkenaan.


Justeru, Selasa lalu, Mahkamah Rayuan Missouri memerintahkan GEICO membayar ganti rugi berjumlah AS$5.2 juta (RM22.8 juta) kepada wanita berkenaan.


Menurut peguam kecederaan peribadi Los Angeles, Miguel Custodio, keputusan mahkamah itu munasabah.


“Jika anda memikirkan bahawa keadaan wanita itu berpunca daripada kecederaan  yang dialami ketika berada di dalam kereta orang lain, ia sememangnya menjadi tanggungjawab syarikat insurans untuk membayar pampasan,” jelasnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Machiam ni pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
macam macam
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai la org buat projek dlm kereta pastu dpt sakit kelamin then insuran co yg bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni blh claim insurans hotel plk....bwk skendel berjimak pastu kena hiv terus jd billioner
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037357 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list