CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perut Busung, Sakit Dada, Bertahun Menderita Disihir Macam Ustaz Kazim- Usahawan Juliza Julizz Minta Bantuan

9-6-2022 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3003| Komen: 21

Sihir bukanlah suatu perkara yang asing lagi di dalam masyarakat kita kerana ada sahaja individu yang terkena perbuatan syirik itu daripada seseorang yang dengki atau berdendam.


“Pada saya sakit dada saya dah biasa yang hari-hari rasa, tapi saya masih kuat untuk survive. Yang jadi tak kuat sebab kena bertalu-talu sehingga menjejaskan perniagaan saya. Saya memohon yang mana boleh tolong saya untuk jadikan ia sebagai pengakhiran yang mana keadaan seperti Ustaz Kasim tanpa henti orang buat untuk stop dari semua ini.”


Foto: Murai.my
 
Usahawan Juliza Julizz berkongsi menerusi rakaman video di akaun TikTok miliknya tentang dirinya yang disihir sejak tahun 2019. Disebabkan oleh itu, perutnya mula membusung seperti orang yang hamil dan dia terpaksa menanggung kesakitan selama bertahun.


“Kau memang suka aku jatuh. Semoga Allah jentik hati kamu berubah.Berhenti dari seksa orang.”


 
Menerusi sebuah lagi video TikTok, Julizz sedang menerima rawatan perubatan secara Islam dan berharap agar dirinya kembali pulih seperti biasa. Dia juga mendoakan agar orang yang menghantar sihir kepadanya menerima hidayah daripada Allah SWT untuk berhenti perbuatan syirik tersebut.



Rata-rata netizen yang melihat video tersebut mendoakan agar Julizz kembali sihat dan pulih serta memberi pelbagai cadangan untuk rawatan menyembuh daripada sihir.



Bagi siapa yang tidak mengenali Juliza Julizz, dia merupakan seorang usahawan yang terkenal kerana mengasaskan Butik Julizz. Sebelum ini, Juliza pernah viral di TikTok kerana berkongsi tentang pengalamannya disihir oleh rakan sendiri dan isu ini masih berterusan sehingga kini. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 9-6-2022 06:04 PM
Ok.. Musim depression, anxiety, mental health dah lepas..... Welcome To musim sihir menyihir dlm arena online. Dijangkakan ramai lagi instalemas akan di sihir selepas ini...
Quote dua_chzy 9-6-2022 06:15 PM
Akak tak kesian sebab kau masih banyak masa mencapub di socmed.
Quote hareeeesah 9-6-2022 07:38 PM
knape cam seronok je gaya pose perut tu.. tp dia buat apa nak kena sihir.. yg list org kaya-kaya xde plak kena sihir ek
Quote M5 9-6-2022 07:47 PM
Pi jumpa doktor pakar le yg betul2 paham ilmu sains. Merepek je sihir2 ni. Unmah rendah iq saja yg sihir kehulu sihir kehilir
Quote laksmanabentan 10-6-2022 08:45 AM
time ni semua nak up... konon2 kena sihir...
okay la tu kak... marketing tetap no 1 kann....
sihat2 selalu gitu...
Quote bakingsoda 10-6-2022 09:07 AM
opie5662 replied at 9-6-2022 06:04 PM
Ok.. Musim depression, anxiety, mental health dah lepas..... Welcome To musim sihir menyihir dlm are ...

kan, sakit pon ikut trend masing2 berangan kena sihir, kalau ada yg tipu semata nak viral tu elok betul2 kena. ni ada masa pulak nak bertiktok
Quote awanearisu 10-6-2022 09:53 AM
Menunggang agama dah basi. Kini musim menunggang sihir.
Quote MoonRise 10-6-2022 10:11 AM
Kot ada cyst, tu perut kembang.
Dah p check spital belum
Quote prince_marhaen 10-6-2022 10:40 AM
"..merupakan seorang usahawan yang terkenal kerana mengasaskan.." = FOUNDERRRRR....

So? = CONTENT.....!

Dalam pada kata kerja keras bisnes bagai, kena sihir pulak, tapi 24jam tetap upload content...barang niaga ntah apa je pun.
Quote Decaffeinated 10-6-2022 10:41 AM
Ko saper dek?
Quote Nnoor2 10-6-2022 10:45 AM
makadek replied at 10-6-2022 10:15 AM
Kalau berani p sihir acik res 35 kt melakau sana

Yg kuat marah customer tu ke
Quote Nnoor2 10-6-2022 10:54 AM
makadek replied at 10-6-2022 10:50 AM
Tengah viral ni makcik gila tu tgh mengamok


[youtube]iWYp1rGqc0E[/youtube]


Yg ni kan...haha..kak pelik pelanggan dia tetap ramai...
Quote chandrahusin 10-6-2022 10:57 AM
Ada kenal sorang kakak ni
Dh lalu kanser payudara
Dh baik kena plk buang rahim
Dh baik jatuh basikal plk
Masuk besi kat kaki
Kaki dia smpai skrg pincang sikit jalan
Skrg 1 badan plk gatal2
Diam2 je dia pegi berubat
Yg tau pun yg betul2 rapat dgn dia
Takde dia nak cerita begitu je dgn org lain
Melainkan yg bising2 ni untuk tayang kat media sosial
Quote asamfish 10-6-2022 10:59 AM
toksah la dok sihir ke hulu sihir ke hilir...dulu pun ada sorang dramatis dok ckp sakit misteri bagai, last2 rupanya kanser (hati kalau tak silap).....pegi la buat medical check-up betul2 (bukan sekadar pi klinik bayar rm30 sekali visit)
Quote Nnoor2 10-6-2022 05:14 PM
makadek replied at 10-6-2022 12:21 PM
Jin dia lagik power tak kak

Terfikir jugak...haha..pandai kita fitnah
Quote sharlenetexas 10-6-2022 08:30 PM
asamfish replied at 10-6-2022 10:59 AM
toksah la dok sihir ke hulu sihir ke hilir...dulu pun ada sorang dramatis dok ckp sakit misteri baga ...

Sape ni uols?


Quote sharlenetexas 10-6-2022 08:31 PM
chandrahusin replied at 10-6-2022 10:57 AM
Ada kenal sorang kakak ni
Dh lalu kanser payudara
Dh baik kena plk buang rahim

Tabahnya dia menghadapi hidup.
Teringat kisah Nabi Ayub.


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047346 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top