Sihir bukanlah suatu perkara yang asing lagi di dalam masyarakat kita kerana ada sahaja individu yang terkena perbuatan syirik itu daripada seseorang yang dengki atau berdendam.
“Pada saya sakit dada saya dah biasa yang hari-hari rasa, tapi saya masih kuat untuk survive. Yang jadi tak kuat sebab kena bertalu-talu sehingga menjejaskan perniagaan saya. Saya memohon yang mana boleh tolong saya untuk jadikan ia sebagai pengakhiran yang mana keadaan seperti Ustaz Kasim tanpa henti orang buat untuk stop dari semua ini.”
Foto: Murai.my
Usahawan Juliza Julizz berkongsi menerusi rakaman video di akaun TikTok miliknya tentang dirinya yang disihir sejak tahun 2019. Disebabkan oleh itu, perutnya mula membusung seperti orang yang hamil dan dia terpaksa menanggung kesakitan selama bertahun.
“Kau memang suka aku jatuh. Semoga Allah jentik hati kamu berubah.Berhenti dari seksa orang.”
Menerusi sebuah lagi video TikTok, Julizz sedang menerima rawatan perubatan secara Islam dan berharap agar dirinya kembali pulih seperti biasa. Dia juga mendoakan agar orang yang menghantar sihir kepadanya menerima hidayah daripada Allah SWT untuk berhenti perbuatan syirik tersebut.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut mendoakan agar Julizz kembali sihat dan pulih serta memberi pelbagai cadangan untuk rawatan menyembuh daripada sihir.
Bagi siapa yang tidak mengenali Juliza Julizz, dia merupakan seorang usahawan yang terkenal kerana mengasaskan Butik Julizz. Sebelum ini, Juliza pernah viral di TikTok kerana berkongsi tentang pengalamannya disihir oleh rakan sendiri dan isu ini masih berterusan sehingga kini. -CARI
Post time 9-6-2022 06:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ok.. Musim depression, anxiety, mental health dah lepas..... Welcome To musim sihir menyihir dlm arena online. Dijangkakan ramai lagi instalemas akan di sihir selepas ini...
Post time 10-6-2022 10:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada kenal sorang kakak ni
Dh lalu kanser payudara
Dh baik kena plk buang rahim
Dh baik jatuh basikal plk
Masuk besi kat kaki
Kaki dia smpai skrg pincang sikit jalan
Skrg 1 badan plk gatal2
Diam2 je dia pegi berubat
Yg tau pun yg betul2 rapat dgn dia
Takde dia nak cerita begitu je dgn org lain
Melainkan yg bising2 ni untuk tayang kat media sosial
toksah la dok sihir ke hulu sihir ke hilir...dulu pun ada sorang dramatis dok ckp sakit misteri bagai, last2 rupanya kanser (hati kalau tak silap).....pegi la buat medical check-up betul2 (bukan sekadar pi klinik bayar rm30 sekali visit)