Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti tidak menang tangan melakukan persiapan dalam tempoh beberapa bulan sebelum hari bahagia menjelang tiba.
Selain memikirkan perihal dokumentasi, makanan, busana, pelamin, solekan dan sebagainya, satu perkara yang wajib untuk diuruskan adalah ujian saringan HIV. Untuk makluman, mulai tahun 2009 ujian saringan HIV bagi bakal pengantin dalam kalangan orang Islam adalah diwajibkan sebelum melakukan pernikahan. Baru-baru ini laman sosial Twitter 'meriah' dengan perdebatan mengenai kewajipan pasangan melakukan ujian saringan berkenaan.
Ia bermula apabila seorang pelayar laman berkenaan mengeluh kerana menyifatkan prosedur pernikahan di negara ini agak rumit. "Entah la siapa yang buat prosedur untuk bernikah kat Malaysia ni. Jumpa kat akhirat nanti ya," tulisnya. Ciapan berkenaan meraih sehingga melebihi 5,000 retweet, di samping komen-komen netizen lain turut bersetuju dengan pandangannya, terutama apabila perlu melengkapkan pelbagai dokumen dan mendapatkan cop pengesahan di banyak lokasi. Pelayar berkenaan juga seolah-olah menyindir langkah Malaysia mewajibkan ujian berkenaan untuk setiap pasangan yang bakal berkahwin, menurutnya dalam satu ciapan berasingan. "Hahahaha. Jangan lupa HIV test," tulisnya lagi. Bagaimanapun, ciapan tersebut menyaksikan pelayar berkenaan 'diserang' bertalu-talu oleh warga maya yang nyata berang kerana mempertikaikan perkara tersebut. "HIV test tu sepatutnya diwajibkan dari awal lagi. Orang sekarang ni ramai yang sebelum kawin dah celup (istilah bagi perbuatan zina atau seks bebas) sana sini. Pasangan ada hak untuk tahu tahap kesihatan masing-masing. Ujian talasemia pun patut buat juga," komen @delinameliora. "Benda lain banyak nonsense tetapi bukan ujian saringan HIV. Tahu tak dekat negara jiran yang tak wajib HIV test, ramai orang actually nak je tahu bakal pasangan dia clean ke tak, tapi jadi stigma dan sensitif nak minta buat test. Dekat Malaysia ni senang sebab memang wajib," komen @ainulmuzaffar. "Pung pang sembang nak jumpa dekat akhirat bagai, tak nak buat HIV test untuk kahwin rupanya. Geng-geng celup sana sini tak kira laki perempuan suka la pejuang benda begini. Lepas tu sebarkan penyakit pada orang lain," komen @cptsan9 pula. -CARI Sumber: mStar Online
|
airmineral replied at 9-6-2022 01:08 PM
hiv test tu ok je..
meah_kelabu replied at 9-6-2022 03:12 PM
nk bukak buku pink mengandung pn skrang kene buat test HIV
tak salah pun sebab preventive. senang ka ...
meah_kelabu replied at 9-6-2022 01:12 PM
nk bukak buku pink mengandung pn skrang kene buat test HIV
tak salah pun sebab preventive. senang ka ...
mizruncing replied at 9-6-2022 02:26 PM
pas tu bila mansuh kan nanti konon laa one day kes hiv belambak kt malaysia ni kau jugak yg salahkan ...
caprut replied at 9-6-2022 06:40 AM
Sebenarnye jakim ke jais tk buat apa pon dgn result. HIV test b4 marriege is important. Tp tak nmp ...
ADVERTISEMENT