CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7017|Reply: 110

"Geng Celup Sana Sini Ramai Bang!"-Lelaki Dihentam Pertikai Prosedur Nikah Malaysia Susah, Merungut Kena Buat HIV Test

[Copy link]
Post time 9-6-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti tidak menang tangan melakukan persiapan dalam tempoh beberapa bulan sebelum hari bahagia menjelang tiba.


Selain memikirkan perihal dokumentasi, makanan, busana, pelamin, solekan dan sebagainya, satu perkara yang wajib untuk diuruskan adalah ujian saringan HIV.




Gambar Hiasan, Google




Untuk makluman, mulai tahun 2009 ujian saringan HIV bagi bakal pengantin dalam kalangan orang Islam adalah diwajibkan sebelum melakukan pernikahan.


Baru-baru ini laman sosial Twitter 'meriah' dengan perdebatan mengenai kewajipan pasangan melakukan ujian saringan berkenaan.


Ia bermula apabila seorang pelayar laman berkenaan mengeluh kerana menyifatkan prosedur pernikahan di negara ini agak rumit.


"Entah la siapa yang buat prosedur untuk bernikah kat Malaysia ni. Jumpa kat akhirat nanti ya," tulisnya.







Ciapan berkenaan meraih sehingga melebihi 5,000 retweet, di samping komen-komen netizen lain turut bersetuju dengan pandangannya, terutama apabila perlu melengkapkan pelbagai dokumen dan mendapatkan cop pengesahan di banyak lokasi.


Pelayar berkenaan juga seolah-olah menyindir langkah Malaysia mewajibkan ujian berkenaan untuk setiap pasangan yang bakal berkahwin, menurutnya dalam satu ciapan berasingan.


"Hahahaha. Jangan lupa HIV test," tulisnya lagi.










Bagaimanapun, ciapan tersebut menyaksikan pelayar berkenaan 'diserang' bertalu-talu oleh warga maya yang nyata berang kerana mempertikaikan perkara tersebut.


"HIV test tu sepatutnya diwajibkan dari awal lagi. Orang sekarang ni ramai yang sebelum kawin dah celup (istilah bagi perbuatan zina atau seks bebas) sana sini. Pasangan ada hak untuk tahu tahap kesihatan masing-masing. Ujian talasemia pun patut buat juga," komen @delinameliora.


"Benda lain banyak nonsense tetapi bukan ujian saringan HIV. Tahu tak dekat negara jiran yang tak wajib HIV test, ramai orang actually nak je tahu bakal pasangan dia clean ke tak, tapi jadi stigma dan sensitif nak minta buat test. Dekat Malaysia ni senang sebab memang wajib," komen @ainulmuzaffar.


"ung pang sembang nak jumpa dekat akhirat bagai, tak nak buat HIV test untuk kahwin rupanya. Geng-geng celup sana sini tak kira laki perempuan suka la pejuang benda begini. Lepas tu sebarkan penyakit pada orang lain," komen @cptsan9 pula. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 01:08 PM | Show all posts
hiv test tu ok je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:12 PM | Show all posts
nk bukak buku pink mengandung pn skrang kene buat test HIV
tak salah pun sebab preventive. senang kalau dr awal tahu bab2 penyakit ni
tp org mesia kan indenial. nak2 melayu. bpe ramai je malays yg willingly buat yearly medical checkups?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 9-6-2022 01:08 PM
hiv test tu ok je..

Yup.

Wajibkan disclose dgn pasangan sahaja tak perlu submit kpd jab agama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah tu... kang dah kawin tetiba baru tau somi atau bini ko HIV positif mula ar nk meroyan.....patutnya kena wajib ujian kesihatan juga...tak ar baru kawin dah kena jaga pasangan sakit....sampai ke tua nk jaga
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:23 PM | Show all posts
Bukan semua pasangan akan setia kalau tahu pasangannya ada penyakit yang sukar diubat.  Dari timbul masaalah dikemudian hari jenuh nak kena naik turun mahkamah eloklah settlekan awal2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2022 01:27 PM | Show all posts
tested positive ke dia ni
meroyan semacam
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Idok la susah sangat rumit sangat proses nikoh di tanahair ini. Ntah korang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
meah_kelabu replied at 9-6-2022 03:12 PM
nk bukak buku pink mengandung pn skrang kene buat test HIV
tak salah pun sebab preventive. senang ka ...

Hmm pasni test check up mesti naik jugak..selari dgn kenaikan harga barang..adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru cabaran nak menikah dah bising2, macam mana lah nak hadap cabaran dah berumah tangga nanti. Bakal isteri dia patut lari jauh2 cari yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:26 PM | Show all posts
pas tu bila mansuh kan nanti konon laa one day kes hiv belambak kt malaysia ni kau jugak yg salahkan jakim bagai sbb tak ambik tindakan dari awal. takot sgt buat hiv test tu mcm pelik je
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
takyah nikoh la dekk, semua nak sng. cari geng sesama celup free je la
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:35 PM | Show all posts
meah_kelabu replied at 9-6-2022 01:12 PM
nk bukak buku pink mengandung pn skrang kene buat test HIV
tak salah pun sebab preventive. senang ka ...

kalau free tiap2 bulan pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:37 PM | Show all posts
patut kena declare maklumat financial sekali. senang kemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 9-6-2022 02:26 PM
pas tu bila mansuh kan nanti konon laa one day kes hiv belambak kt malaysia ni kau jugak yg salahkan ...

Sebenarnye jakim ke jais tk buat apa pon dgn result. HIV test b4 marriege is important. Tp tak nmpk keperluan tu utk jakim
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng kaki celup lah ni. Tah2 dia ngeri nak pergi test. Takut positive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 02:45 PM | Show all posts
baru urusan nikah dah memekak..
esok tambah nak uruskan bini cam mana la bisingnya..
belum lagi urusan anak lahir sampai sekolah..
hati-hati la pompuan yang hadap kawin dengan jantan gini..
sah-sah kau kena buat semua nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya org yg penah buat salah je yg takut nk buat test ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 9-6-2022 06:40 AM
Sebenarnye jakim ke jais tk buat apa pon dgn result. HIV test b4 marriege is important. Tp tak nmp ...

Kepentingan kat pasangan dan KKM bagi aku.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:52 PM | Show all posts
ko tak nak hiv test, ko nikah la di Sarawak.
tp kena kahwin dgn org sana lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055693 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list