CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hamid Bador, Bekas Ketua Polis Negara Tak Malu Kini Berniaga Sayur Di Pasar

9-6-2022 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2174| Komen: 16

Kuala Lumpur: "Tiada apa yang perlu dimalukan apa yang kita buat asalkan ia halal dan tidak salah," demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika mengulas gambarnya yang tular kononnya sedang menjual sayur-sayuran.


Abdul Hamid berkata, setiap insan tidak perlu berasa malu dan segan dengan apa juga bidang perniagaan dan kerja yang dilakukan termasuk menjual sayur-sayuran di tepi jalan atau di pasar.

Terdahulu beliau mengulas dakwaan gambarnya yang tersebar dalam laman sosial dengan duduk di sebuah gerai menjual sayur-sayuran dengan memegang buku nota dan pen.


Hamid Bador, Bekas Ketua Polis Negara Tak Malu Kini Berniaga Sayur Di Pasar

Foto: Harian Metro

"Gambar itu adalah gambar lama semasa saya bergambar bersama rakan saya di gerainya suatu masa dahulu.

"Saya melawat gerai kawan baik saya dan secara kebetulan ada individu yang lalu-lalang mengambil gambar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Hamid berkata, rakannya yang berniaga sayur, daging dan ikan sebelum itu pernah menjual hasil tanaman dari ladangnya.

"Gambar yang tular itu bukan satu isu besar kerana pada masa ini saya sedang menikmati kehidupan sehari-hari sebagai seorang pesara kerajaan dan saya bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan ia halal dan tidak melanggar undang-undang.

"Sejujurnya sebelum ini saya mempunyai pengalaman menjual sayur-sayuran dari ladang saya di pasar serta pasar mini di Seremban, Rembau dan Kajang dan tiada apa yang perlu dimalukan pun," katanya.

Ahad lalu, seorang pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya memuat naik gambar menunjukkan Abdul Hamid di hadapan sebuah gerai menjual sayur.

Yusof memuji sikap rendah diri dan keberanian bekas pemimpin tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kerana tidak segan silu menjual sayur di pasar.

Dalam ciapannya, Yusof berkata 'adakah orang lain akan berani dan tidak malu untuk melakukan perkara sama seperti Hamid? Dia langsung tidak malu. Salute to you," katanya.

Yusof juga dalam ciapan lainnya turut menyatakan Abdul Hamid akan duduk minum bersama penduduk di pekan kecil di Lubuk China, Negeri Sembilan, sekali gus menunjukkan dirinya dihormati dan diterima orang ramai.

"Beliau peramah sama seperti masyarakat lain sehinggakan dia sangat disenangi oleh orang sekeliling," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hamid, semasa masih menjawat jawatan Ketua Polis Negara, pernah menyatakan rasa cintanya pada bidang pertanian termasuk bercucuk tanam selepas sekali gus melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan badan.

Abdul Hamid pada masa itu tidak sabar untuk menunggu waktu persaraannya pada Mei tahun lalu, sebelum terus menumpukan sepenuh perhatian pada bidang pertanian di kediamannya di Kampung Panchang, Rembau, Negeri Sembilan.

"Kini sepenuh masa saya boleh bertani, percayalah ia adalah satu perkara yang mendamaikan.

"Saya ambil kesempatan ini untuk menggalakkan semua orang mempelajari asas pertanian kerana ia membina stamina dan mengekalkan minda segar. Ia sangat bermanfaat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 9-6-2022 11:58 AM
apa nak malu skang ni la masa terbaik nak buat agrobiz dengan f&b sebab tengah krisis makanan..walau camne keadaan sekalipun makan tetap pilihan no 1 manusia..
Quote miszclassique 9-6-2022 12:34 PM
Dia tak jual sayur pun pencen dia dah ribu2 sebulan
Quote Matakilat 9-6-2022 05:53 PM
Dato hamid bukan jual sayur sahaja. Dia head security bagi aset dan bisnes seorg billionaire msia. All the best dato
Quote akies 9-6-2022 06:34 PM
Ok la tu jual sayur..berkebun dan bercucuk tanam selepas berpencen adalah aktiviti yang berfaedah dan mendamaikan
Quote Firenzza 9-6-2022 08:01 PM
Hanip omar tersenyum sinis
Quote Cokoro 9-6-2022 08:06 PM
Ok lah tu jual sayur. Rasa nk brtani jgk. Tanah dh ade
Quote theotherfriend 9-6-2022 09:49 PM
Iols pun teringin nak berkebun bila pencen... ok apa..
Quote kakikuDibibirmu 9-6-2022 10:41 PM
Jom kita bercucuk tanam di medan ranjang eh silap, di ladang
Quote lyshafull 9-6-2022 10:52 PM
Ni pun jadi issue bgus la dia menikmati zman jadi pesara … acik2 gomen yg jadi pesara pun menikmati hidp pi kelas agama jaga cucu
Quote minahsenget 9-6-2022 10:52 PM
nak malu apa???
Quote slyfynx 9-6-2022 11:17 PM
Ko hingat jual sayur ni mcm pasar malam yang makcik2 duk susun atas tikar ke?
Jadah nk malu kalau ade ladang sendiri.
Kalau aku pun baik aku koje sendiri camtu
Quote n3ar 10-6-2022 08:46 AM
orang salah faham ingat dia ni jual sayur kt kaki lima pasar pagi tu..

dia ada kebun besar2...memang masyuk keuntungan..

kt kampung abg ipar aku tanam skala kecik2 pun memang banyak hasil bila tuai,.. jual memang licin org borong..
Quote kechikchomel 10-6-2022 08:51 AM
ok la tu lepas pencen tanam & jual sayur. bukannya tanam & jual ganja.
opppsss...

iolss rasa 2in1 la ni. sambil menjual sambil memerhati

Quote insulin 10-6-2022 09:01 AM
miszclassique replied at 9-6-2022 12:34 PM
Dia tak jual sayur pun pencen dia dah ribu2 sebulan


Betul2. Pencen dah beribu tu
Quote olezzeli17 10-6-2022 09:49 AM
Sekarang ni harga barang semua naik. Bagus la, dia tak dok diam je tunggu pencen walaupun pencen dia masyuk. Memang ada orang yang dh pencen ni, dia still tak boleh dok diam. Tak keluar peluh boleh demam.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039960 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top