View: 1706|Reply: 15
|
Hamid Bador, Bekas Ketua Polis Negara Tak Malu Kini Berniaga Sayur Di Pasar
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Tiada apa yang perlu dimalukan apa yang kita buat asalkan ia halal dan tidak salah," demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika mengulas gambarnya yang tular kononnya sedang menjual sayur-sayuran.
Abdul Hamid berkata, setiap insan tidak perlu berasa malu dan segan dengan apa juga bidang perniagaan dan kerja yang dilakukan termasuk menjual sayur-sayuran di tepi jalan atau di pasar.
Terdahulu beliau mengulas dakwaan gambarnya yang tersebar dalam laman sosial dengan duduk di sebuah gerai menjual sayur-sayuran dengan memegang buku nota dan pen.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/114149bwkyubqjlbo2wlzd.png) Hamid Bador, Bekas Ketua Polis Negara Tak Malu Kini Berniaga Sayur Di Pasar
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/114149bwkyubqjlbo2wlzd.png) Foto: Harian Metro
"Gambar itu adalah gambar lama semasa saya bergambar bersama rakan saya di gerainya suatu masa dahulu.
"Saya melawat gerai kawan baik saya dan secara kebetulan ada individu yang lalu-lalang mengambil gambar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Hamid berkata, rakannya yang berniaga sayur, daging dan ikan sebelum itu pernah menjual hasil tanaman dari ladangnya.
"Gambar yang tular itu bukan satu isu besar kerana pada masa ini saya sedang menikmati kehidupan sehari-hari sebagai seorang pesara kerajaan dan saya bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan ia halal dan tidak melanggar undang-undang.
"Sejujurnya sebelum ini saya mempunyai pengalaman menjual sayur-sayuran dari ladang saya di pasar serta pasar mini di Seremban, Rembau dan Kajang dan tiada apa yang perlu dimalukan pun," katanya.
Ahad lalu, seorang pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya memuat naik gambar menunjukkan Abdul Hamid di hadapan sebuah gerai menjual sayur.
Yusof memuji sikap rendah diri dan keberanian bekas pemimpin tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kerana tidak segan silu menjual sayur di pasar.
Dalam ciapannya, Yusof berkata 'adakah orang lain akan berani dan tidak malu untuk melakukan perkara sama seperti Hamid? Dia langsung tidak malu. Salute to you," katanya.
Yusof juga dalam ciapan lainnya turut menyatakan Abdul Hamid akan duduk minum bersama penduduk di pekan kecil di Lubuk China, Negeri Sembilan, sekali gus menunjukkan dirinya dihormati dan diterima orang ramai.
"Beliau peramah sama seperti masyarakat lain sehinggakan dia sangat disenangi oleh orang sekeliling," katanya.
Sebelum ini, Abdul Hamid, semasa masih menjawat jawatan Ketua Polis Negara, pernah menyatakan rasa cintanya pada bidang pertanian termasuk bercucuk tanam selepas sekali gus melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan badan.
Abdul Hamid pada masa itu tidak sabar untuk menunggu waktu persaraannya pada Mei tahun lalu, sebelum terus menumpukan sepenuh perhatian pada bidang pertanian di kediamannya di Kampung Panchang, Rembau, Negeri Sembilan.
"Kini sepenuh masa saya boleh bertani, percayalah ia adalah satu perkara yang mendamaikan.
"Saya ambil kesempatan ini untuk menggalakkan semua orang mempelajari asas pertanian kerana ia membina stamina dan mengekalkan minda segar. Ia sangat bermanfaat," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
apa nak malu skang ni la masa terbaik nak buat agrobiz dengan f&b sebab tengah krisis makanan..walau camne keadaan sekalipun makan tetap pilihan no 1 manusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak jual sayur pun pencen dia dah ribu2 sebulan ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dato hamid bukan jual sayur sahaja. Dia head security bagi aset dan bisnes seorg billionaire msia. All the best dato
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu jual sayur..berkebun dan bercucuk tanam selepas berpencen adalah aktiviti yang berfaedah dan mendamaikan |
|
|
|
|
|
|
|
Hanip omar tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tu jual sayur. Rasa nk brtani jgk. Tanah dh ade |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun teringin nak berkebun bila pencen... ok apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jom kita bercucuk tanam di medan ranjang eh silap, di ladang ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pun jadi issue bgus la dia menikmati zman jadi pesara … acik2 gomen yg jadi pesara pun menikmati hidp pi kelas agama jaga cucu |
|
|
|
|
|
|
|
Ko hingat jual sayur ni mcm pasar malam yang makcik2 duk susun atas tikar ke?
Jadah nk malu kalau ade ladang sendiri.
Kalau aku pun baik aku koje sendiri camtu |
|
|
|
|
|
|
|
orang salah faham ingat dia ni jual sayur kt kaki lima pasar pagi tu..
dia ada kebun besar2...memang masyuk keuntungan..
kt kampung abg ipar aku tanam skala kecik2 pun memang banyak hasil bila tuai,.. jual memang licin org borong.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu lepas pencen tanam & jual sayur. bukannya tanam & jual ganja.
opppsss...![](static/image/smiley/default/shutup.gif)
iolss rasa 2in1 la ni. sambil menjual sambil memerhati
![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 9-6-2022 12:34 PM
Dia tak jual sayur pun pencen dia dah ribu2 sebulan
Betul2. Pencen dah beribu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni harga barang semua naik. Bagus la, dia tak dok diam je tunggu pencen walaupun pencen dia masyuk. Memang ada orang yang dh pencen ni, dia still tak boleh dok diam. Tak keluar peluh boleh demam. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|