CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tahu Hati Dia Ada Pada Orang Lain..." - Ellie Suriaty Tak Terkejut Bekas Suami Nak Kahwin Lagi

9-6-2022 09:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13107| Komen: 127|Original author: Tatod


Walaupun tempoh proses edah antara Ellie Suriaty dan bekas suaminya, Azri Iskandar masih berjalan namun kenyataan pelakon lelaki itu yang bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid dalam masa terdekat sama sekali tidak mengejutkan aktres berkenaan.

Memetik laporan Getaran, selepas bercerai dan membawa haluan masing-masing pada 17 Mei lalu, Ellie sama sekali tidak terkejut dengan berita tersebut bahkan sudah dapat menjangkakan perkara itu akan berlaku sepantas itu.

"Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk tarik diri daripada perkahwinan ini sebab saya dapat rasakana dia ada hubungan dengan wanita lain. Ketika failkan perceraian, saya tak perlu tanya untuk dapatkan kepastian atau kesahihan. Saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

"Sepanjang tempoh itu, kami telah lalui susah senang sama-sama. Apabila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi," katanya kepada Getaran.


Pahit untuk ditelan namun Ellie sama sekali enggan ambil tahu tentang siapa pun yang bakal dikahwininya. Dia memilih untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak serta memberikan tumpuan pada karier seninya.

"Hidup ini terlalu bermakna untuk kita kusutkan fikiran dengan perkara seperti ini. Sebelum bercerai, saya sudah ambil keputusan yang cukup lama memikirkan baik buruknya. Saya juga sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT.

"Azri tak tahu yang saya sebenarnya tahu apa dia lakukan di belakang saya. Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan perubahan yang sangat ketara. Lagipun, kami berkahwin bukan baru setahun dua.


"Benar, ada ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya tetapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar," katanya lagi.



Terdahulu, Ellie memfailkan permohonan cerai ke atas Azri dan melalui prosiding mahkamah, mereka disahkan bercerai pada 17 Mei lalu. Masing-masing sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos ini.

Sepanjang perkahwinan, Ellie dan Azri dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 9-6-2022 09:55 AM
Tatau lah ati itam acik tak kesian pulak kat Eli suriati
Quote lasagna 9-6-2022 09:58 AM
nmpk gaya kita dah dpt tau laa punca keretakan prkahwinan ini... begitu lahh ceritanya yaaa. moga kaka elly move on dgn kehidupan solo brsama dgn anak2.
Quote abangadek 9-6-2022 10:32 AM
bertabahlah, lebih baik melepaskan dr hati terluka
Quote brunesss 9-6-2022 10:33 AM
kesian la pulak dekat elly ni walau aku tak berapa berkenan sangat. but heres to strong women everywhere *cheers*
Quote kotakominami 9-6-2022 10:35 AM
Respek dgn ellie...patutnye pompuan lain pon berani mcm dia...laki buat hal tak yah ckp byak..mintak cerai je...bukan mengadu kat tiktok...jgn takut nak berdikari...jgn guna alasan kesian kat anak2 sebab takde anak yg nak hidup dalam suasana toksik....
Quote Trumpettt 9-6-2022 10:35 AM
All the best ellie....
Quote gx5448 9-6-2022 10:36 AM
Sedih plak rasa aku baca statement acik elly..takpelah acik elly pon lawa muda2 dulu..pasang badan balik no problem lah..biarlah bewak dgn habitatnya..
Quote cik_ingeniare 9-6-2022 10:39 AM
Salute utk ellie gagah keluar dari perkahwinan yg tak bahagia.. pergilah kaka ellie cari bahagia kat luar sana tu.. doa meols sentiasa ada utk kaka & semua wife yg struggle utk keluar dari hubungan toxic
Quote Mary_jane 9-6-2022 10:45 AM
Barang hot stuff, laku keras gitew. Cepat naw move on, jangan acik Azri menyesal sudah.
Quote Manjahati 9-6-2022 10:50 AM
Moga acik ellie kuat n tabah
Quote mizruncing 9-6-2022 10:57 AM
nampak sgt azri curang belakang dia. but she knowing n do all best dgn failkan penceraian. habis cerita. takde nk burukkan belah sana itu ini bagai.. tp lepas cerai ni mcm2 laa plak kantoi
Quote mamastoney 9-6-2022 11:03 AM
Kiranya Pah Bedah ni tried her best utk sorok kecurangan dan kebewakan bekas shuben....tp bekas shuben selamba je announce akn kawen dlm masa terdekat walhal baru 2 minggu lebih divos. Siap berlovey dovey kt komen fb, childish sgt2 padahal dia dah 50an dan yg andartu tu pun dah 40an. Bila Pah Bedah ckp spjg kawen dia tk pernah minta sebarang brg kemas, nampak sgt dia mmg terima bewak tu seadanya (dedolu ada jugak kelebihan handsome tp sejak tua ni muka pun sembab) tp bila bewak buat tahik, baik dia blah je. I'm on your side, Pah!
Quote chinta89 9-6-2022 11:15 AM
walaupun dia kepam serabai tp dlm hal ni tetiber rasa ksian.. sah lelaki tu ada prmpuan lain sb tu nk cerai. takkan la baru cerai kjp tetiba dh boleh jatuh hati dengan prmpuan lain.
Quote akuMNdia 9-6-2022 11:17 AM
dalam membewak..dia mencurang..
Quote da_vinci 9-6-2022 11:31 AM
gopoh gapah nak kawin....rasakan laaa kendian
Quote Normabaru 9-6-2022 11:36 AM
kotakominami replied at 9-6-2022 12:35 PM
Respek dgn ellie...patutnye pompuan lain pon berani mcm dia...laki buat hal tak yah ckp byak..mintak ...

Sebab yang dibuang tu pun xbeli beras..harusla dihumban dlm tong sampah jaaaa

Dah dibagi makan..tgn kita pulak digigit2.#eh tiberrr
Quote Normabaru 9-6-2022 11:38 AM
mizruncing replied at 9-6-2022 12:57 PM
nampak sgt azri curang belakang dia. but she knowing n do all best dgn failkan penceraian. habis cer ...

Allah tu maha adil kan..

Xperlu lift a finger pun org luar nmpk la why this marriage doesn't work anymore and who's fault it was
Quote maxim 9-6-2022 11:41 AM
Acikgomen replied at 9-6-2022 09:55 AM
Tatau lah ati itam acik tak kesian pulak kat Eli suriati

mmg itam la ati tu cik..lg itam dari muka kepam elly tu
Quote doubleA 9-6-2022 11:44 AM
Dari awal iols team eli, statement dia matang indirect reveal punca cerai. Good luck azra. Nampak eli nekad walaupun dia sedih

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.492276 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top