CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Cepat Betul Perubahannya' - Pak Nil Terkejut Dengan Perubahan Tubuh Zamani

8-6-2022 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4025| Komen: 14

Nama penyanyi Zamani adalah nama yang cukup besar di era 90-an. Namun, dugaan menimpa dirinya apabila keadaan fizikal Zamani yang semakin ‘bengkok’ kerana penyakit skoliosis yang telah memberi kesan terhadap tulang belakangnya. 


Terkini, pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara terhadap keadaan yang menimpa pelantun Syair Si Pari-Pari itu.


IG Pak Nil

Menerusi hantaran di Instagram, Aznil dilihat memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama  Wany Hasrita yang dirakam pada 6 bulan lalu ketika program Karaoke Superstar dan menyatakan badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang.


"Rakaman ini enam bulan lalu. Badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang. Cepat Betul perubahannya. Paknil dan team #karokesuperstar mendoa kan agar @zamanislam_official segera diberi kepulihan seperti sediakala. Amin"



Akui berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan Zamani, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil menitipkan doa agar Zamani Slam segera diberi kesembuhan.

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menitipkan doa buat Zamani Slam agar cepat sembuh. Malah, terdapat netizen yang mendedahkan bahawa tubuh badan Zamani kini semakin ‘bengkok’ dengan teruk.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 8-6-2022 10:06 PM
Susah nak berubat dah kan kalau da bongkok..
Da berhabis beribu pun..
Tapi some people very sensitive menda ni..
Quote biozipstar 8-6-2022 10:29 PM
moga sentiasa sihat...
Quote Daftpunk_shine 8-6-2022 10:30 PM
Pak nil ni tak ada gaya lain ke nak posing. Balik2 posing tgn "apology"
Quote nakkomenjugak 8-6-2022 10:40 PM
moga acik zamani sihat sentiasa
suka rambut acik zamani
Quote helicornia 9-6-2022 07:56 AM
Tkde sapa ke nk share perubahan badan kak dib.kurus skrg.iols tk reti bukak benang.apapun harap zamani ok
Quote doubleharmonic 9-6-2022 09:20 AM
helicornia replied at 8-6-2022 11:56 PM
Tkde sapa ke nk share perubahan badan kak dib.kurus skrg.iols tk reti bukak benang.apapun harap zama ...

dah ada dah yang bukak benang

Wow Cantiknya, Adibah Noor Semakin Langsing
Quote Mary_jane 9-6-2022 12:28 PM
Kesian tengok Zamani makin membongkok.
[ig]https://www.instagram.com/tv/CeAiEA_BHp0/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]

Quote ezacbee 9-6-2022 12:45 PM
Aku teringat pelawak param. Sakit camni kan.
Quote pilot 9-6-2022 01:24 PM
rambut abang adik ensem sgt...jeles tgk lurus lembut mengurai...moga apa je ikhtiar dpt pulihkan sakit tulang blkg beliau..amin
Quote ice98 9-6-2022 02:49 PM
allahuakbar... teruk sangat dah..
Quote afie_m 9-6-2022 02:59 PM
kesian tengok dia..semoga dipermudahkan urusan zamani
Quote sleepandream 9-6-2022 03:16 PM
Mary_jane replied at 9-6-2022 12:28 PM
Kesian tengok Zamani makin membongkok.

adoiii iols yg tengok pun rasa sakit.... nape tak nyanyi duduk atas stool jahh
Quote mizruncing 9-6-2022 03:51 PM
kesian sgt tgk. tp tulahhhh
Quote dinahatta 9-6-2022 06:12 PM
Scoliosis ni ubat ye operate je. Aku ada 2-3 org kawan yg ada penyakit ni. Yg aku perati ianya nampak obvious kalau diorg terlalu kurus. Masa badan berisi taknampak sgt. Tp klu badan berisi pulak beban pada tulang belakang jugak. Nak operate pon kena tgk tahap mana bengkoknye tulang blakang tu. N operation not cheap

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034822 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top