CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Syarikat Penghantaran Ditahan Angkut 718 Botol Ubat Batuk

8-6-2022 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1444| Komen: 6

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas 718 botol ubat batuk bernilai RM718 selepas menahan sebuah lori syarikat penghantaran di Kampung Tasek Hulu, Rantau Panjang pada Ahad.



PGA Pengkalan Chepa merampas 718 botol ubat batuk bernilai RM718 selepas menahan sebuah lori syarikat penghantaran di Kampung Tasek Hulu, di sini pada Khamis.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Deputi Superindentan Ramesh Krishnan berkata, lori tersebut ditahan semasa anggotanya melakukan rondaan rutin Op Wawasan Kelantan pada jam 6 petang.

"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori itu membawa kepada penemuan 718 botol ubat batuk," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Menurutnya, PGA turut menahan pemandu lori itu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:52 PM
Tak ada permit tak lepas cukai ke macam mana
Quote intan244 8-6-2022 08:48 PM
Artemesiaa: Tak ada permit tak lepas cukai ...


tula.. benda paling penting pon x letak dalam berita. msia sgt…
Quote matchstick 8-6-2022 09:05 PM
Murah nye..singgit sebotol. Beli nasi lemak singgit dpt lauk taik bilis je. Baik beli ubat batuk
Quote Goodluckdontcry 8-6-2022 10:16 PM
Ubat batuk cap kelapa laut afrika tersenyum sinis sambil memandang ubat batuk cap ibu Dan Anak..uhuk uhuk.

.kisah seorg Anak yg duka nestapa kerana ibunya batuk..uhuk uhuk
Quote musangbodoh 9-6-2022 12:56 AM
2 kerja 1 masa nie.....
Quote damsel_fiji 9-6-2022 02:33 AM
Singgit jah sebotol??

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.030227 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top