Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas 718 botol ubat batuk bernilai RM718 selepas menahan sebuah lori syarikat penghantaran di Kampung Tasek Hulu, Rantau Panjang pada Ahad.
 PGA Pengkalan Chepa merampas 718 botol ubat batuk bernilai RM718 selepas menahan sebuah lori syarikat penghantaran di Kampung Tasek Hulu, di sini pada Khamis.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Deputi Superindentan Ramesh Krishnan berkata, lori tersebut ditahan semasa anggotanya melakukan rondaan rutin Op Wawasan Kelantan pada jam 6 petang.
"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori itu membawa kepada penemuan 718 botol ubat batuk," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, PGA turut menahan pemandu lori itu bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, kesemua rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Sinar Harian |