CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Minta Maaf Akad Nikah Dengan Kambing

8-6-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 927| Komen: 3

Seorang lelaki di Gresik, Jawa Timur menjadi tular di media sosial kerana didakwa berkahwin dengan seekor kambing, lapor laman berita Detik kelmarin.

Berdasarkan video ‘perkahwinan’ yang dimuat naik di saluran YouTube, sekumpulan penduduk berpakaian mengikut adat Jawa hadir pada  upacara perkahwinan antara Saiful Arif, 44, dengan seekor kambing betina.


Foto: Palpres

Kambing itu turut diberi nama Sri Rahayu bin Bejo. 

Saiful Arif kemudian didengari mengucapkan ‘akad nikah’ yang turut menyebut jumlah mas kahwin sebanyak 22,000 rupiah (RM6.69).


Acara itu disaksikan oleh penduduk kampung, penghulu serta beberapa pemimpin setempat.

Video itu menjadi tular sehingga akhirnya membuatkan Saiful Arif tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut laman berita Tribunnews, lelaki itu mengakui video tersebut hanya lakonan semata-mata dan dihasilkan untuk kandungan media sosial dan bertujuan ditularkan.

Tambah penghasil kandungan YouTube dan TikTok itu, dia tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk hiburan semata-mata.

Dia juga menghasilkan video itu untuk meningkatkan  bilangan ‘like’ dan paparan halaman yang tinggi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 8-6-2022 03:34 PM
there you go

sah2 ngaku lapaq like

anyone wanna top this?

Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:32 PM
Jenis gila perhatian apa pun sanggup dilakukan
Quote musangbodoh 9-6-2022 12:58 AM
buat content cerai plak....meroyan lh si ayu tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.028941 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top