CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 3

Lelaki Minta Maaf Akad Nikah Dengan Kambing

[Copy link]
Post time 8-6-2022 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di Gresik, Jawa Timur menjadi tular di media sosial kerana didakwa berkahwin dengan seekor kambing, lapor laman berita Detik kelmarin.


Berdasarkan video ‘perkahwinan’ yang dimuat naik di saluran YouTube, sekumpulan penduduk berpakaian mengikut adat Jawa hadir pada  upacara perkahwinan antara Saiful Arif, 44, dengan seekor kambing betina.




Foto: Palpres




Kambing itu turut diberi nama Sri Rahayu bin Bejo.


Saiful Arif kemudian didengari mengucapkan ‘akad nikah’ yang turut menyebut jumlah mas kahwin sebanyak 22,000 rupiah (RM6.69).


Acara itu disaksikan oleh penduduk kampung, penghulu serta beberapa pemimpin setempat.


Video itu menjadi tular sehingga akhirnya membuatkan Saiful Arif tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.


Menurut laman berita Tribunnews, lelaki itu mengakui video tersebut hanya lakonan semata-mata dan dihasilkan untuk kandungan media sosial dan bertujuan ditularkan.


Tambah penghasil kandungan YouTube dan TikTok itu, dia tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk hiburan semata-mata.


Dia juga menghasilkan video itu untuk meningkatkan  bilangan ‘like’ dan paparan halaman yang tinggi.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 03:34 PM | Show all posts
there you go

sah2 ngaku lapaq like

anyone wanna top this?

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 04:32 PM | Show all posts
Jenis gila perhatian apa pun sanggup dilakukan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 12:58 AM | Show all posts
buat content cerai plak....meroyan lh si ayu tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036372 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list