CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Songlap RM15,000, PA Kata Duit Masuk Akaun Sendiri Sebab Fify Azmi Tak Pandai Buat Invois

8-6-2022 01:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8243| Komen: 65|Original author: Tatod


Semalam, media tempatan melaporan Fify Azmi membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya selepas mendakwa dia ditipu oleh seorang wanita yang juga pembantu peribadinya yang telah mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya secara senyap-senyap.

Pembantu peribadi (PA) kepada aktres Fify Azmi dikenali sebagai Nora tampil mengakui kesilapan yang bersikap cuai. Katanya, dia tidak menyedari pihak Skop Production sudah lama melunaskan bayaran pelakon itu menerusi akaun bank miliknya.

Menafikan dakwaan tersebut, Nora menjelaskan bayaran berkenaan dimasukkan ke dalam akaunnya kerana aktres berkenaan tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois.



"Saya tak pernah lari... Saya ada balas mesej dia tapi lambat sebab urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada dia.

"Saya akui memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke akaun saya. Ikutkan, semua bayaran job, masuk akaun Fify. Cuma kali ini masuk akaun saya sebab membabitkan invois.

"Fify tak tahu nak buat invois. Jadi saya buatkan untuk dia guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya. Pihak produksi tak update saya mengenai bayaran yang telah dimasukkan dalam akaun saya. Kesilapan saya pula tak check akaun," katanya kepada mStar dalam satu temubual.


Dalam pada itu, Nora turut mengakui mungkin dia sudah menggunakan duit bayaran tersebut kerana tidak menyedari ia adalah bayaran produksi untuk Fify.

Dia terkejut dengan tindakan Fify yang memuat naik laporan polis dan fotonya di laman sosial memandangkan mereka sudah pun berbincang mengenai pembayaran semula wang berkenaan sebanyak RM12,000 atas persetujuan bersama.

Sumber mStar

"Saya mengakui mungkin sudah terpakai duit bayaran tersebut sebab tak perasan. Tapi saya dah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran duit dia.

"Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Sya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung adalah pada tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap.

"Tak sangka pula tiba-tiba semalam dia tularkan saya di laman sosial. Tidak mungkinlah saya larikan diri. Saya pun cari rezeki dalam industri. Kalau saya selalu buat perangai, artis lain pun tak nak ambil saya bekerja tetapi saya tak pernah buat masalah sepanjang bekerja dengan artis," katanya. -CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-6-2022 02:08 PM
Dah tau bukan duit sendiri yg ko guna pakai dah knp Nora? Tak amanah..
Quote maxim 8-6-2022 02:10 PM
propa btol alasan si nora ni..x make sense lgsung xtau tu bukan duit ko.. alasan mcm jibby
Quote babelina 8-6-2022 02:25 PM
xkn la akaun sendiri ada duit lebih ko xtaw..............
Quote SherryZass 8-6-2022 02:29 PM
propa jah, kau tinggal hulu ceruk kah sampai tak ada online banking?
Quote kucingitam 8-6-2022 02:31 PM
mcm ayat najib..tak tau duit  masuk, tp habiskan pulak..eh eh..
Quote auntyonion 8-6-2022 02:38 PM
Terguna sampai 12k pastu senang2 pilih mati..sial.giler perangai
Quote dekmieDandy 8-6-2022 02:38 PM
gittew tak perasan

macam la akaun kau ada million-million, rumah condo face klcc worth satu juta
Quote acik79 8-6-2022 02:39 PM
maxim replied at 8-6-2022 02:10 PM
propa btol alasan si nora ni..x make sense lgsung xtau tu bukan duit ko.. alasan mcm jibby

Ntah… kata tak kerja mmg tak expecting duit dr mana2 la kan? Kecuali duit dr skop ni… beraninya pakai duit orang… ingat akhirat… 10 sen pun kita makan duit orang kena bayar balik kat sana tau… nak bayar dgn apa?
Quote pekanwoohoo 8-6-2022 02:42 PM
Pelakon pembantu pun bayaran rm30k. Kencang jugak. Belum star lagi. Entah berapa agaknya.
Quote takayama 8-6-2022 02:43 PM
jd betul ke dia dan fify tu dah kompromi ttg isu rm15k tp knp fify msh buat report polis klu btl dah kompromi
moral lps ni klu si fify x taw nk buat invoice ke apa suruh dia beljr buat supaya x jd gini dan jdkan perkara ni sebg suatu pengajaran supaya x berulang lg
Quote kembarsiti 8-6-2022 02:47 PM
Apo buat invoice tak tahu. Buat atas nama sendiri pun boleh. Letak je email no fon no akaun... Aduhaiii
Quote Nuyak 8-6-2022 02:48 PM
tak perasan dah terguna..lepas tu nak bayar secara ansuran..mana tak org tu bengang..penat2 dia bekerja...
Quote pembacagosip 8-6-2022 02:51 PM
ko ingat duit dari langit or ko fikir ko btuah tiber dlm akaun ada 12K. x check duit dari mana? ayooo
Quote prettyuglybabe 8-6-2022 02:53 PM
keturunan kelly ng ke nora ni..
kau pusing-pusing pun memang nampak kau sakau duit orang..
kalau invois kau prepare pun, letak je la nama akaun penerima terus..
jadah letak akaun personal kau pulak..
terang-terang bukti payment nama kau bukan nama company kau..
siap bagi alasan terguna pulak..
Quote mawarkhayalan99 8-6-2022 02:55 PM
seram tengok kening akak nora. gitu tak perasan duit segebuk masuk dalam account lepastu dah pakai pulak tu
Quote hareeeesah 8-6-2022 02:57 PM
Semua benda skrg pakai online banking. Ko tak pakai fon nak byr fon bill electric ke nora?? Setiap kali log in je balance acc nampak dulu
Quote Acikgomen 8-6-2022 02:59 PM
babelina replied at 8-6-2022 02:25 PM
xkn la akaun sendiri ada duit lebih ko xtaw..............

Selalunya org yg tak perasan duit lebih ni bila account dia ada byk sgt duit
Ini jenis account selalu kering, takkan lahhhh tak perasan duit masuk
Quote nurul_akmar 8-6-2022 03:00 PM
kalau dlm acc tinggal rm10, tetibe ada duit exact rm15k, xkn la xtau mana duit tu datang.. dh konfem2 bila org nk deposit kan cheque, akan maklumkan.. cuma duit tu akan clear 2-3 hari..

kalau terguna pon, xkn smpi licin 15k ko guna.. last2 nk byr ansur2. lps tu play victim lg..
Quote manjalara_01 8-6-2022 03:11 PM
Nuyak: tak perasan dah terguna..lepas ...


Kalau guna duit sendiri 5 sen kluar pun mesti prasan. Sbb guna duit org la yg x prasan tu

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052759 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top