CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Walau Apa Wardrobe Cerita Tu, Haram Tetap Haram!" - PU Syed Tegur Shuhaimi Lua

7-6-2022 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3356| Komen: 16

Kenyataan penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua berkaitan isu mendedahkan tubuh badan pelakon lelaki dalam drama sebelum ini turut menarik perhatian pendakwah bebas, PU Syed.




Dalam hal ini, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, menegaskan perbuatan mendedahkan aurat adalah haram walaupun dengan alasan mengikut tuntutan skrip atau jalan cerita drama berkenaan.


IG Shuhaimi

PU Syed berkongsi pandangannya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam perkongsiannya itu, dia turut mempersoalkan jati diri pengarah tersebut sebagai seorang Muslim kerana sanggup melakukan babak sebegitu.

Malah, dia menasihati penggiat seni supaya mencari jalan cerita yang boleh mendidik penonton.


Babak lakonan Fadlan Hazim dan Noki tanpa baju mendapat kritikan.

Sebelum ini, Shuhaimi mendapat kritikan netizen apabila dituduh sebagai pengarah yang suka menampilkan pelakon lelaki tidak berbaju dalam drama.

Menjawab isu tersebut, Shuhaimi memberitahu setiap babak yang dilakukan sudah mendapat persetujuan pelakon dan dia lebih mengetahui panduan yang ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).



"Saya memberi pilihan kepada para pelakon untuk buka baju atau tidak. Saya akan buat jika mereka tidak ada masalah.

"Saya tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh LPF. Jadi apa yang saya buat tidak melanggar peraturan badan tersebut," katanya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-6-2022 05:45 PM
Tak bole belah tengok kontol si suhaimi tu.. very the gedabak
Quote wirazam 7-6-2022 05:50 PM
Selama ni retis pompuan yg diekploitasi..baju ketetlah etc etc...skrg nih hambiklah...
Quote AcikBuncit 7-6-2022 06:37 PM
Retis pmpn pnye ramai birah xbsing lak.. Laki tnjuk pusat sikit dh kalut
Quote slyfynx 7-6-2022 06:51 PM
Aku x paham org kite ni
Dalam TV banyak kali org pakai suar pendek.
X pulak bising.
Aurat laki bukan semata2 pusat.
Yg up gmbr pun sama.
Konon2 alim la up gmbr tunjuk body, cover pusat dengan sticker.
Quote dekmieDandy 8-6-2022 11:59 AM
lagi berminat nak tahu nama yang pakai baju singlet hitam tu
Quote auntyonion 8-6-2022 12:57 PM
Lelaki paling senang kot cover aurat..tu pn ramai yg tunjuk
Quote Pak.dolla 8-6-2022 01:04 PM
wirazam replied at 7-6-2022 09:50 AM
Selama ni retis pompuan yg diekploitasi..baju ketetlah etc etc...skrg nih hambiklah...

.
Zaman skrg ni dah terbalik...dulu lelaki gatal...zaman sekarang pompuan ramai yg gatal...
Cer tgk berapa ramai retis lelaki burung berterbangan? Makin terbang...makin dipuja dan jd dambaan oleh acik² kepam, andartu, bbnu, bini org dan yg sewaktu dgnya...patutnya pompuan² tu pulaukan je retis mcm tu...
Quote Lelli 8-6-2022 01:05 PM
dekmieDandy replied at 8-6-2022 11:59 AM
lagi berminat nak tahu nama yang pakai baju singlet hitam tu

Alif Hadi..ex bf zizi kirana..skrg tngh dekat dgn Yasmin Hani.
Quote dekmieDandy 8-6-2022 02:27 PM
Lelli replied at 8-6-2022 05:05 AM
Alif Hadi..ex bf zizi kirana..skrg tngh dekat dgn Yasmin Hani.

thank you chuols, jenuh nak scroll IG shuhaimi tu
Quote bulalof 8-6-2022 02:35 PM
yarrkkkhhh........
Quote kitmal 8-6-2022 03:02 PM
Paling senang tak payahlah berlakon...tu semua tak baik..tanya PI
Quote Lavender_Violet 8-6-2022 03:06 PM
KamikuP replied at 7-6-2022 05:45 PM
Tak bole belah tengok kontol si suhaimi tu.. very the gedabak

Kan...mata meols pun first tertancap kat situ...selambak yakmat
Heols sesuatu eh? Bila peluk jejantz tak berbaju tu heols terus stim
Meols syak heols tak pakai underwear sbb tu nampak selambak mcm tu
Quote caca_eric 11-6-2022 06:47 PM
AcikBuncit replied at 7-6-2022 06:37 PM
Retis pmpn pnye ramai birah xbsing lak.. Laki tnjuk pusat sikit dh kalut

bukan dah selalu dibisingkan?
Quote isseliparjepun 11-6-2022 07:12 PM
I setuju dengan PU Syed. Benda salah tetaplah salah, haram tetaplah haram. Yang benar memang pahit untuk diterima.
Quote DianaSaksen 11-6-2022 10:00 PM
AcikBuncit replied at 7-6-2022 10:37 AM
Retis pmpn pnye ramai birah xbsing lak.. Laki tnjuk pusat sikit dh kalut

Duduk dlm gua ke acik ?
Quote tulip-rain 11-6-2022 10:10 PM
AcikBuncit replied at 7-6-2022 06:37 PM
Retis pmpn pnye ramai birah xbsing lak.. Laki tnjuk pusat sikit dh kalut

Uittt. Biar betul uols ni. Retis perempuan lah yg paling kerap dan banyak kali ditegur oleh golongan penceramah, ustaz dan ustazah ni. Mereka sentiasa menjadi sasaran utama.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036552 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top